Khamis, 24 November 2011

Ramalan Perniagaan Internet Ketika Kegawatan Ekonomi

Ramalan Perniagaan Internet Ketika Kegawatan Ekonomi


Dalam surat khabar sejak kebelakangan ini agak menakutkan apabila ribuan pekerja bakal diberhentikan akibat kegawatan ekonomi dunia ketika ini. Pekerja bank antarabangsa dan pembuat kereta dah memulakan pemberhentian ribuan pekerja mereka bagi mengurangkan kos operasi mereka.
Tindakan ini akan dilaksanakan oleh syarikat pembuatan elektronik. Buktinya Western Digital iaitu pembuat cakera keras terbesar didunia dah menutup operasi kilangnya di Serawak. Ramai pekerja yang akan kehilangan sumber pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga mereka.
Akibat kelembapan ekonomi sekarang, orang mula berkira kira dalam perbelanjaan mereka terutama di US. Di Malaysia, kita baru nak merasa bahangnya. Rakyat Malaysia masih berbelanja seperti biasa dan ianya digalakkan oleh kerajaan kerana ia boleh mengerakkan ekonomi negara. Jika orang tidak membeli, ekonomi pun akan merudum sama. Sebab tu sekarang ada kempen jualan JIMAT.
Walaubagaimana pun anda tetap kena berjimat sehingga memberi barangan yang tidak perlu. Bagi kawasan yang diserang wabak Chikugunya, beli ubat nyamuk. Ia adalah keperluan dikawasan tersebut kerana ia berpunca daripada nyamuk. Entah siapa yang bagi nama chikugunya tu. Nak sebut pun susah.
Bagaimana pulak pasaran perniagaan internet? Usahawan internet top dunia meramalkan industri perniagaan internet terutama niche “make money online” akan mendapat sambutan yang paling hangat. Ini adalah kerana apabila terdesak orang akan cuba mencari penyelesaian terbaik untuk mereka. Mereka akan mencari jalan untuk menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan dan menyara keluarga mereka.
Maka selepas ini semakin banyak blog dan laman web tentang online biz dan buat duit di internet. Di malaysia pun sama sekarang ni. Para newbie berlumba lumba untuk bina blog tentang bagaimana untuk buat duit di internet. Mereka silap skit sebenarnya. Lebih baik jika golongan yang mula menceburkan diri dalam perniagaan internet membina blog tentang apa yang mereka mahir dan tahu.
Jadi ilmu yang mereka ada dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. Mungkin ilmu itu boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Itu adalah antara perkara yang belum disedari oleh kebanyakan para newbie. Mereka cenderung untuk meniru usahawan internet yang menjadi idola mereka seperti Irfan Khairi,Saifusham,Smartusaha,Sham,Mawardee,Shuth dan ramai lagi.
Nasihat saya, jangan tiru blog orang. Buat blog tentang apa yang anda tahu. Jika anda tahu tentang pertanian, perternakan,kejuruteraan,pemasaran dan sebagainya, buat tentang perkara tersebut. Ia memudahkan anda membina kredibiliti anda tentang sesuatu bidang. Anda boleh menjadi “otai” dalam bidang tersebut kerana anda mempunyai pengetahuan mengenainya.
Saya sedang menyiap produk terbaru saya sebenarnya. Jadi saya, luangkan masa untuk menulis sekejap diblog ni. Saya akan umumkan produk baru ni pada Januari nanti. Ia adalah produk terbaru saya untuk tahun 2009. Produk ini adalah ebook & video tutorial. Ia adalah hasil daripada survey dan juga pertanyaan kepada saya. Jadi saya buat penyelesaian bagi semua masalah yang orang tanya. Anda pun boleh gunakan cara saya ini untuk menghasilkan produk anda yang pertama.
Ini adalah antara langkah saya menghadapi cabaran 2009 dimana ia diramalkan menjadi kemelesetan ekonomi antara yang paling teruk dalam sejarah. Anda dah bersedia?

karenah dan ragam

Mustahil Untuk Puaskan Hati Semua Orang


Tiada suatu pun yang sempurna di dunia ini. Begitu juga kepuasan hati manusia. Ini lagi susah sebab kemahuan setiap orang adalah berlainan. Dalam menghasilkan produk digital,ia memang sukar & mungkin ada yang cop produk anda adalah “rubbish”.
Ini adalah cabaran perniagaan produk digital. Sesetengah orang mempunyai tahap IQ dan pengetahuan yang berlainan.Ada yang merasakan ia bukan tahap mereka & menganggap ianya “rubbish”. Ada pulak yang zero pengetahuan tentang perkara berkenaan & beranggapan ia cukup bagus & membantu.
Penyelesaiannya, perbaiki dari masa ke semasa. Ia mungkin tak sempurna, namun ia akan bertambah baik dari masa ke semasa.Ia tak mungkin dapat puaskan hati semua orang. Yang penting, dapatkan feedback daripada pelanggan anda. Biarkan mereka luahkan apa yang mereka ingin tahu.
Apa yang saya risau ialah golongan yang simpan dalam hati. Mereka tak puas hati, kita tanya diorang diamkan diri & mengata dari belakang. Golongan ini sukar dikesan sebab mereka diam. Saya risau golongan sebegini espcially produk baru. Saya biasanya akan tanya pendapat mereka, jika diam & tiada pertanyaan.Saya mungkin anda faham & boleh buat sendiri.
Jika beli ebook, tanya jika ada pertanyaan. Ia sebenarnya membantu bagi memperbaiki produk mereka. Jangan simpan dalam hati. Jika penjual berkenaan ingin benar benar membantu anda, mereka akan menjawab segala soalan anda. Sebab itulah harga ebook lebih mahal daripada buku.
Jika anda ingin jadi penjual ebook, jangan pulak takut akan cabaran ini. Ini adalah salah satu learning process yang akan anda hadapi. Jika pelanggan anda tidak tanya, anda yang bertanya kepada mereka. Itulah sebaiknya. Anda boleh gunakan autoresponder untuk membantu anda. Jadikannya automatik & memudahkan anda.
Banyak cabaran yang akan hadapi dan anggaplah ia satu proses pembelajaran yang berguna kepada anda.


Kena Paypal dispute lagi

Kena paypal dispute pulak.Dah lama saya tak kena. Actually ada masalah download & saya pun telah pos CD kepada orang ni mengunakan pos ekspress. Ada tracking number,tapi sayangnya tracking pos ekpress hanya untuk 15 hari ni. Tarikh pembelian adalah pada 1 oktober 2008 iaitu pada hari raya. Dispute plak semalam pada 30hb Oktober. Saya telah emailkan link download pada 3hb Oktober.
paypal dispute
Jadi tracking number dah tak leh nak pakai walaupun saya ada simpan semua tracking number tu. Jadi saya terpaksa gunakan transaksi email untuk dijadikan bukti yang dihantar kepada paypal. Tak tahu la samada ia diterima atau tak. Ini yang tak best tentang paypal. Harap bukti diterima dan kes selesai.
Seller susah nak menang dalam kes dispute.Kalo ada tracking number pos ekspress mungkin peluang menang lebih besar. Tunggu jela. Saya mungkin akan dikenakan caj sehingga USD30 disebabkan orang menyusahkan macam ni. Bagi kes dispute, seller yang kalah kena bayar kos open case tu.
Nama & alamat pun boleh bagi. Dispute adalah perkara yang paling tak suka kalo jual produk digital ni, lebih lebih lagi kalo dalam BM.Dalam dalam english, peluang cerah skit.
Tunggu jela keputusan paypal.
Jika anda pos barang, pastikan anda menyimpan rekod penghantaran seperti no.tracking. Gunakan syarikat pengangkutan yang mempunyai nombor tracking bagi produk yang anda hantar.
Inilah karenah pelanggan yang mungkin anda hadapi. Link download dah bagi, cd pun dah pos. Bila tracking number dan lupus dari sistem pos,dia dispute. Inilah karenah manusia kan? huhuhuhu
Penyelesaian lain ialah simpan rekod email walaupun bukti tu tak berapa kukuh. At least kita ada bukti yang kita dah hantar produk kepada orang tu.


Kejurujualan dan Broker


Kejurujualan merupakan satu perkara sangat penting dalam perniagaan. Namun tak semua orang boleh menjadi penjual. Itu adalah hakikat. Saya boleh jadi penjual di internet, tetapi agak kurang bila dalam dunia sebenar. Teknik kejurujualan boleh dipelajari. Itulah yang saya ingin lakukan sekarang.
Apa yang saya ingin tekankan ialah sehebat mana pun jurujual pasti tidak dapat menjual semua benda. Mungkin ada segelintir yang cukup power sehingga boleh menjual aiskrim kepada orang eskimo tetapi jumlah mereka sangat sedikit. Kebanyakan jurujual akan fokus dalam bidang mereka. Seorang jurujual tak boleh sekejap nak jual kereta, sekejap nak jual tanah. Maklum lah Proton Saga baru cukup mendapat sambutan sekarang, mereka masih tidak boleh jual banyak benda dalam satu masa.
Kaedah Upsell mungkin membantu tetapi jika apa yang diupsell sangat berbeza daripada apa yang dijual pasti tidak akan berjaya. Jika jual kereta dan selepas itu upsell insurans ia boleh kerana ia berkaitan. Kereta di Malaysia diwajibkan mempunyai insurans. Namun, kalo jual kereta pastu upsell tanah, memang orang kata jurujual gila. Orang nak beli kereta dia offer tanah pulak.
Ia berlaian dengan broker. Broker atau orang tengah boleh jual mcm macam. Mereka hanya nak makan komisen semata mata. Ada projek A, cari orang nak dengan syarat komisen skit. Cerita kat broker lain, mereka pun sama. Sehingga la ada orang dapat projek tersebut. Mereka yang berjaya, dapat la komisen.
Saya dapati kat KL ni cukup ramai broker. Sembang mcam aku orang kaya, member datok, member menteri padahal duit takde.Mereka yang menjadi broker ni hidup agak tidak menentu, sentiasa mencari projek & sangat bergantung kepada orang lain. Apa yang bagusnya, mereka ada network yang ramai. Apa sahaja yang mereka sembangkan mereka akan alert.Tapi kebanyakannya, kosong la.:p. Itu adalah pemerhatian saya bila sertai perbincangan mereka. Mereka sentiasa berangan angan untuk dapat “Jackpot” dalam kerja broker.
Saya hanya memerhati je.Saya tak suka jadi broker. Saya lebih suka jika ada produk sendiri & tidak bergantung kepada orang lain. Kepuasan lebih tinggi jika anda mempunyai produk sendiri. Anda boleh hidup walaupun takde projek & langsung tidak bergantung kepada orang lain.
Namun, di dunia nyata.Kita pasti akan bertemu golongan broker& penjual ini. Saya just join mereka tapi tak nak jadi broker. Hanya sekadar berkawan. Apa yang baik kita jadikan panduan, yang tak baik kita jadikan sempadan. Semalam saya ada sertai satu perbincangan broker kat hotel berdekatan KL Sentral…
Ada satu perkara yang menyebabkan saya tak nak ikut perbincangan kedua pada malam tersebut disebabkan oleh seorang broker ni. Macam macam jenis manusia ada kat dunia ni. Saya tengok satu perangai buruk broker. Nasib baik saya ikut pun just untuk teman kawan.Mau je nak sound.Mulut dah rasa ringan je.Nasib baik tak terkeluar.:P
Ini adalah pandangan saya je. Mungkin anda lebih banyak pengalaman…Betul tak?

insurans

Panduan Mendapatkan Insurans

Tuesday, October 23rd, 2007 |
Perlindungan insurans sangat penting. Sepatutnya semua orang perlu ada sekurang kurangnya 1 polisi insurans untuk melindungi pendapatan mereka. Dah berkeluarga atau masih bujang bukan menjadi 1 isu. Saya tertarik dengan artikel shuth pasal nak buat apa beli insurans.
Namun sebelum mendapatkan sebarang insurans,diharap anda jangan main hentam sahaja. Jadi jangan salahkan pihak insuran jika ia tidak cover apa yang terjadi kepada anda. Namun, produk insurans hari ini semakin baik dari masa ke semasa. Ini adalah kerana ia mengikut permintaan masyarakat hari ini.
Antara perkara yang perlu anda tahu sebelum mengambil sebarang insuran ialah:
  1. Coverage
    Minta agen yang terlibat terangkan apa yang akan dicover dan apa yang tidak dicover. Sesetengah agen yang tidak bertanggung jawab tidak memberitahu tentang perkara ini kecuali anda bertanya. Tanya sehabis mungkin.Sesetengah agen hanya mengejar komisen. Yang penting close case. Jadi lindungi hak anda. Berhati hati dalam memilih sebarang polisi insurans samada insurans konvensional mahupun takaful.
  2. Rider Tambahan
    Rider tu bukan penunggang ye. Ia merupakan salah satu instilah dalam insurans yang merujuk kepada benefit tambahan. Biasanya agen akan membantu anda untuk menentukan extra benefit tambahan untuk anda seperti elaun hospital dan sebagainya. Ia biasanya diambil dari premium yang anda bayar setiap bulan.
Itu adalah perkara terselindung. Perkara lain yang perlu anda tahu ialah jenis jenis insurans yang ada. Ia banyak. Jadi saya akan terang sebahagian sahaja yang saya tahu.
  • Insurans Kenderaan
    Rasanya semua orang tahu pasal ni. Ia diwajibkan keatas semua kenderaan bermotor. Basikal tak termasuk ye!.Ia adalah jenis insurans hangus. Namun, anda boleh mendapat rebat jika tiada tuntutan insurans dalam tempoh tertentu.Ia ada untuk insuran konvensional dan takaful.
  • Insuran Konvesional
    Ia merupakan satu kaedah melindungi seseorang yang paling selamat. Ia mula mula digunakan untuk melindungi kelasi yang keluar belajar dan keluarga mereka suatu masa dahulu. Terdapat premium yang anda bayar akan hangus jika tidak berlaku apa apa kepada anda. Namun, coveragenya tinggi. Biasanya dalam RM30-RM50 sebulan pun boleh cover beratus ratus ribu jika berlaku sesuatu kepada anda. Terdapat juga yang berkonsepkan pelaburan dimana mereka akan mendapat sejumlah wang setelah polisi insuran mereka matang. Biasanya premium agak tinggi.
  • Takaful
    Ia merupakan insurans yang mengunakan kaedah islam iaitu konsep bantu membantu sesama ahli.Premium yang dibayar akan dimasukkan kedalam tabung khas dimana ia akan digunakan bagi membantu ahli yang mengalami musibah. Terdapat jenis premium hangus dan berkonsepkan pelaburan/simpanan sebagaimana insuran konvesional. Seperti insuran konvensional, takaful juga mempunyai plan plan insurans yang pelbagai seperti kebakaran,kemalangan dan sebagainya.
  • Medical Card
    Insurans ini agak famous dibandar besar seperti di KL. Terus terang kat Terengganu benda langsung tak dipromote.Mungkin ada, mungkin tidak, saya tak pasti. Ia jenis belanja hangus. Anda perlu membayar tiap tiap bulan dan menikmati faedahnya jika anda dimasukkan ke hospital dimana pihak mereka akan menanggung kos perubatan anda.
Beza takaful dan insurans konsional?
Bezanya takaful mempunyai tabung yang bertindak untuk membantu ahli yang mengalami musibah. Sebarang pelaburan yang dibuat juga akan berlandaskan syariah. Jadi sebarang hasil yang anda dapat adalah halal. Berlainan dengan konvesional dimana mereka mungkin melaburkan wang anda ke dalam perkara yang bertentangan dengan islam seperti judi,arak dan sebagainya.
Konsep perlindungan antara takaful dan insurans konvensional adalah lebih kurang sama. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, hanya cara pelaksanaannya berbeza.
Kaji dahulu ye sebelum mengambil sebarang polisi insuran

idea

Advertlets,NuffNang,GrabMyAds dan Nufflets

Saturday, December 29th, 2007 |
Ok.Berikut adalah satu alternatif kepada blogger Malaysia untuk buat duit. Advertlets dan NuffNang saya percaya mereka akan terus berjaya.Tetapi GrabMyAds dan NuffLets ni saya agak ragu kerana mereka hanya peniru kepada advertlets dan nuffnang.Dalam pengiklanan sebegini,perkara yang paling sukar adalah menjadi pengiklan besar.
Tetapi Advertlets dan Nuffnang telah dapat tangkap Digi & Toyota.Jadi mereka dah dapat duit banyak sebab mereka adalah market leader.GrabMyAds ni pun satu, masa launching boleh plak dia p Spam semua orang yang kononnya invitation khas. Oh..Terdesaknya.
Saya takkan join la kalo main spam macam tu. Sebab saya tak terdesak pun.Siap spam ke email saya tu yang saya yang saya geram.Jika begini ia takkan bertahan lama kecuali mereka dapat pengiklan besar seperti maxis atau celcom. Jika mereka dapat tarik 2 “ikan besar” tu baru lah saya join. Saya tahu nature of advertising di Malaysia & bukan mudah nak dapatkan ikan besar untuk iklan lebih lebih lagi bukan market leader.
Advertlets dan Nuffnang dah ada komuniti mereka sendiri. Nufflets pulak klon dan terang terangan nama pun mengabungkan advertlets dan nuffnang. Dia ambik Nuff dari Nuffnang dan Lets dari Advertlets. Tiada keunikan tersendiri kerana hanya meniru. Sama la bila Yahoo meniru program Google Adsense iaitu Yahoo Publisher yang sampai sekarang tak abis lagi versi betanya.Jadi kita boleh nampak kegagalan Yahoo kat situ untuk mencabar Google.
Peniru takkan dapat mengejar atau sama taraf dengan pendahulu atau market leader jika tiada keunikan tersendiri. Ia berlainan dengan kes Google dan Yahoo. Walaupun Yahoo pada awalnya adalah market leader, Google muncul dengan pelbagai kelainanan seperti Toolbar,Adsense,Adword yang pada masa tu Yahoo tak pernah terfikir untuk buat macam tu.
Google terus dapat mengatasi Yahoo dengan keunikan yang tersendiri menyebabkan Yahoo terkebil kebil meniru Google dengan YSM dan Yahoo Publisher. Tindakan Google membeli syarikat berpotensi tinggi seperti Blogger dan Youtube pun terpaksa ditiru oleh Yahoo.Nasib baik Myspace orang lain beli awal awal lagi kalo tak ia akan jadi rebutan.
Begitu jugak penyedia pengiklanan di Malaysia. Jika tiada keunikan tersendiri, susah nak hidup lama.Kecuali mereka bina komuniti terlebih dahulu.Contohnya Cari.com.my kalo buat perkongsian pendapatan pengiklanan, saya adalah antara yang akan sertainya. Mereka ada komuniti mereka yang boleh menjadi pengiklan.Malah saya pun akan jadi pengiklan mereka.
Itulah adalah pendapat saya je.Bukan nak tak nak sokong buatan Malaysia.Just menegur agar mereka membuat kelainan dan keunikan tersendiri. Itu je.

Cari Duit dengan Bahasa Inggeris

Saturday, June 9th, 2007 |
Tahukan anda sebenarnya boleh buat duit dengan kemahiran bahasa inggeris? Kenapa, tak percaya? Anda boleh buat beribu ribu ringgit dengan kemahiran bahasa Inggeris. Jika anda seorang cikgu bahasa inggeris, kenapa tak gunakan kemahiran tersebut. Anda boleh buat duit samada secara online atau offline.
Jika secara offline,anda boleh mengadakan kelas bahasa inggeris atau tuisyen di rumah. Bahasa inggeris menjadi sangat penting pada hari ini. Kita perlu menguasainya. Terdapat banyak cara untuk membuat duit dengan kemahiran bahasa. Anda juga boleh menyediakan perkhidmatan penterjemahan hanya dari rumah.Pelajar hari ini belajar matematik pun dalam bahasa inggeris!!
Cari duit dengan bahasa inggeris secara online adalah antara paling popular. Ini adalah kerana mat salleh sendiri malas menulis. Anda boleh mengunakan kemahiran bahasa inggeris anda untuk menyediakan perhidmatan ini. Perkhidmatan copywriting,proof reading,article writing,ghost writing dan sebagainya memerlukan kemahiran bahasa inggeris. Ramai IM dari malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini.Mereka membuat beribu ribu daripadanya.
Jika anda pandai memasarkan kemahiran anda,anda pasti tidak akan kesempitan wang kerana anda pasti tidak cukup masa kerana tempahan bagi perkhidmatan anda yang terlalu banyak. Anda tidak semestinya mempunyai tempahan yang banyak.Anda boleh tackle pakar atau “jerung internet marketing” untuk khidmat anda sudah mencukupi. Buat permulaan boleh la membina kredibiliti terlebih dahulu. Jika mereka berpuas hati,mereka akan mengunakan khidmat anda lagi.
Ada diantara mat salleh ini sanggup membayar beribu ribu bagi mendapatkan beberapa artikel tentang apa yang mereka mahu. Terdapat banyak perkhidmatan yang anda boleh lakukan. Antara platform anda boleh dapatkan pelanggan ialah Elance.com dan banyak lagi directori perkhidmatan freelance. Boleh cari kat Google la ye…Namun,anda perlu bersaing dengan ramai orang yang turut menawarkan khidmat yang sama. Anda juga boleh menghubungi mereka yang dirasakan memerlukan khidmat anda .JV dengan mereka.Tapi pastikan dengan approach yang sesuai.Anda jangan pula SPaM mereka.
Tawarkan harga yang berpatutan.Jika mereka berpuas hati,mereka tidak teragak agak membayar beribu ribu bagi perkhidmatan anda.Bina rangkaian perniagaan anda dahulu.Anda tidak semestinya melakukan seorang diri. Anda boleh cari rakan² lain dan menyediakan perkhidmatan anda. Kerja anda akan lebih cepat dan pelanggan anda pun suka jika anda dapat siapkan kerja dengan cepat. Kuncinya jangan buat kerja seorang diri jika anda ingin berjaya.
Buat team anda sendiri yang terdiri dari 2 atau 3 orang.Jangan terlalu ramai kerana ia kurang berkesan jika terlalu ramai. Ia boleh melengahkan kerja jika terlalu ramai.Akan berlakunya kurang produktiviti jika terlalu leka dengan sembang² jika terlalu ramai. Anda perlu fokus dengan kerja masing masing. Ini adalah kerana anda perlu melakukan kajian bagi menghasilkan kerja yang berkualiti. Sekali lagi..FOKUS!!!!
Saya sebenarnya mempunyai beberapa rakan yang sebegini. Kerja terlalu lembab sehingga ia mengangu kerja orang lain. Setkan due date.Jika tidak,mereka pasti akan melengahkannya sehingga menjejaskan reputasi anda(team) sendiri.Ini adalah antara cabaran jika kerja berkumpulan.Salah seorang daripada anda perlu menjadi pusher untuk mendorong rakan lain membuat kerja.
Kerja berkumpulan berbeza dengan kerja bersedirian. Ada kelemahan yang tersendiri.Anda perlu menjadi pemangkin kepada rakan² yang lain agar membuat kerja dengan lebih cepat. Tolong mereka jika anda ada masa.Tetapi jangan terlalu kerap kerana mereka akan naik “lemak” jika terlalu dibantu.Ini adalah kerana ia adalah hasil berkumpulan bukan anda seorang.Masing² perlu memainkan peranan agar terus maju dan berjaya.Jika tidak,kumpulan anda akan gagal. Pelanggan pun akan lari.
Jika anda seorang pelajar universiti,anda mempunyai tempat yang sesuai bagi kerja cari duit dengan menulis dalam bahasa inggeris ini. Ia tidak lah susah kerana kebanyakan perisian word processor hari ini mempunyai fungsi cek kesalahan bahasa. Jadi ia turut membantu anda dalam membina empayar perkhidmatan anda.
Semoga ia memberi sedikit idea untuk anda bermula dari sekarang.Selamat cari duit dengan bahasa Inggeris!!!
p/s:Saya pernah membuat perhidmatan translate artikel masa kat u selain membaiki PC.Pelajar u ada yang malas buat assigment.Anda sediakan penyelesaiannya. Namun, jangan sampai ia menjejaskan pelajaran anda!Ada yang hendak jalan pintas siapkan kerja.

Bahana Teknik Blackhat Dengan Google Adsense

Bahana Teknik Blackhat Dengan Google Adsense

Thursday, October 15th, 2009 |
Saya tengok sejak akhir akhir ni semakin banyak IM Malaysia yang mengguna dan mengajar orang dengan teknik Blackhat. Teknik ini sebenarnya sangat merbahaya untuk akaun Google Adsense dan juga kebanyakan program di internet. Malah baru baru ni, digegarkan oleh satu kumpulan yang dikatakan mampu membuat duit dengan Google Adsense ratusan ringgit setiap hari.
Akhirnya ramai peserta yang diban akaun Google Adsense mereka. Inilah bahana teknik blackhat. Saya tahu & pernah guna beberapa teknik blackhat tetapi sekadar eksperimen tanpa menjejaskan akaun Adsense saya. Membeli iklan untuk laman web Google Adsense juga sebenarnya dilarang. Ia dinamakan Adsense Arbitrage. Risiko akaun Adsense untuk diban sangat tinggi jika anda mengunakan teknik ini.
Ramai yang yang terliur dengan pendapatan puluhan dollar sehari dengan teknik blackhat ini. Tetapi betul kan cara itu? Halalkah teknik tersebut? Ini adalah antara persoalan yang sering ditanya. Bagi saya ia adalah haram kerana ia seolah oleh meniayai pengiklan. Mungkin pendapat kita berlainan..
Ini adalah kerana pengiklan mahukan sales.Malah conversion dikira berdasarkan per sales, per lead dn sebagai. Itulah matlamat sebenar pengiklan mengunakan Google Adwords. Jika teknik blackhat digunakan, sales atau lead takkan berlaku. Malah pelawat yang datang hanya sia-sia.
Bagi saya biarlah pendapatan sedikit asalkan kita benar benar untuk membantu pengiklan. Saya sebagai pengiklan di Google Adwords memang kecewa apabila banyak wang dihabiskan tetapi tiada sales atau lead terjadi apabila banyak wang dihabiskan untuk pengiklanan. Walaupun secara keseluruhan, ia menguntungkan tetapi ada kempen yang sia sia dan menghabiskan duit.
Kini terdapat pula ebook yang mengajar teknik blackhat kepada newbie yang tidak tahu apa apa tentang risiko teknik ini. Ya. Memang lumayan dengan teknik blackhat ini (Kalo tengok screen capture la).Tetapi jika sesuatu yang berlaku, orang yang terlibat perlu bertanggungjawab terhadapnya. Bukannya melepas tangan begitu sahaja membiarkan mangsa dan newbie terkapai kapai sehingga menimbulkan persepsi bahawa perniagaan internet dan buat duit di internet ini adalah tipu semata mata.
Namun, jika anda sekadar ingin belajar dan ingin tahu bagaimanakah teknik blackhat berfungsi. Takpela nak belajar. Tetapi jangan jadikannya sebagai amalan kerana ia terlalu berisiko dan menyusahkan orang lain. Saya tidak menghalang jika anda ingin belajar. Semoga anda boleh membezakan ianya blackhat, grey hat atau pun whitehat.
Kepada yang tak tahu apa istilah blackhat, grey hat dan white hat ini, saya ringkaskan dibawah:
Blackhat - merujuk kepada teknik yang salah (illegal) dan bertentangan dengan terma dan syarat sesuatu. Biasanya ia mengunakan perisian tertentu samada untuk spamming dan sebagainya. Biasanya ia adalah satu kaedah yang agresif, tidak beretika dan mungkin menguntung penggunanya. Ia lebih kepada satu kaedah manipulasi kelemahan sesuatu sistem.
White hat - merujuk kepada teknik yang profesional dan betul. Ia mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkenaan. Antaranya ialah search engine optimization, social bookmarking, blogging dan sebagainya bagi tujuan pemasaran laman web.
Grey hat- merujuk kepada gabungan teknik black hat dan juga white hat. Ia berada dipertengahan dan tidak terlalu agresif. Ada sedikit risiko melanggar terma dan syarat sesuatu program. Tetapi susah untuk menentukan dan membezakannya kerana ia juga mengandung teknik pemasaran yang beretika (white hat).
Harap anda boleh bezakannya.
Kalo yang rasa terasa hati dengan artikel ini, saya minta maaf ye. Saya hanya sekadar memberi peringatan agar newbie tidak terjebak dan menyesal dikemudian hari.

cerita

Gila la..I Phone kene blender pun orang berebut beli?


Saya explore youtube. Pastu jumpa video I Phone Kene Blender. Lepas tu dia jual kat ebay. Sekarang ni bid adalah USD888.88 kat Sini. Ni la internet, semua benda boleh jual termasuk la kapal selam.Iphone blender pun jadi.Bukan boleh guna lagi pun iphone tu.
Masih ada 3 hari untuk tamat. Apa yang dia guna ialah video marketing. Dia buat video dia blender I Phone yang menjadi kegilaan ramai masa ni. Orang semua terkejut sebab dia blender betul sampai jadi abu.Betul ke jadi abu? Ada camera trick skit tu.:p
Apa yang dia nak tunjuk ialah kehebatan blender dia boleh hancurkan I Phone. Jadi orang akan berebut² dapatkan blender dia. Apa yang ditawarkan di ebay ialah i phone yang kene blender dan blender dia. Jadi dia ulang² jual benda yang sama. I phone hancur bersama dengan blender dia yang power yang berjaya menghancurkan iphone yang menjadi kegilaan ramai.
Sayangnya kat Malaysia, tahun depan baru la kita dapat iphone. Rasanya masa tu dan keluar versi baru.:p. Lambatnye Malaysia ni. Kalo nak cepat, beli je kat ebay. Mesti ada orang jual tapi stand by la sebab ia akan menjadi rebutan dari orang negara yang tak xde iphone lagi.
Memang power la Apple buat marketing. Jadi macam buku Harry Potter la pulak.Kene serbu. Tapi saya tak minat benda gadget ni. Habiskan duit je. Baik simpan guna untuk buat duit. Biarkan duit bekerja untuk anda, bukan anda bekerja untuk duit.

asah penulisan anda

Asah Gaya Penulisan Anda


Ha..Siapa yang menulis blog pasti akan tahu. Setiap orang ada gaya penulisan yang tersendiri. Kenapa ia berlainan? Yela, mesti sebab pemikiran dan aliran yang berlainan. Melalui gaya penulisan sesetengah penulis dapat mencipta trade mark tersendiri.
Ada gaya penulisan yang serius seperti surat khabar. Ada jugak gaya penulisan yang sempoi mcm shuth.Begitu jugak blogger lain seperti smartusaha, robotys,alang dan ramai lagi. Masing ada style masing masing.Ada yang gaya kelakar sampai orang membacanya tergelak sorang sorang.Ada gaya yang agak mendatar mcm saya ni.Saya memang suka tulis agak mendatar mcm ni. Ianya tidak terlalu serius & tidak terlalu sempoi.
Saya menulis di blog & dalam ebook dengan gaya berlainan.Saya pun tak tahu kenapa tapi saya perasan.:P. Bagi saya, penulisan saya boleh disuaikan mengikut keadaan tertentu seperti jika untuk menegur orang kita perlu straight to the point atau berkias dengan ayat yang sinis. Tapi pastikan ia tidak melampau lampau sehingga menyingung perasaan pembaca.
Antara blogger baru,ramai yang menulis gaya sempoi sempoi bahasa. Ia membuatkan pembaca terhibur.Ia merupakan satu fenomena yang bagus.Namun untuk membentuk gaya penulisan ia memerlukan latihan.Apa pulak kene berlatih ni ye? Senang je jawapanye. Berlatih menulis la. Untuk mahir bersilat kene selalu berlatih begitu jugak menulis.
Lagi banyak menulis semakin mahir la. Kesimpulannya, rajin² la menulis & update blog anda. Tu je sebenarnya tujuan saya post ni.:P

berblogger

Ramai yang mengadu kepada saya kenapa blog dan laman web mereka takde pelawat. Jawapannya tiada tindakan untuk promosi. Bagi saya itulah kelemahan utama kebanyakan orang untuk membuat duit dengan adsense. Cara yang paling senang nak dapatkan pelawat ialah menerusi laman sosial networking.
Antaranya ialah Facebook, Twitter, Myspace, Hi-5, Friendster dan banyak lagi yang rakyat malaysia suka. Ya. Anda join dan add kawan ramai ramai. Anda update akaun laman sosial anda, semua rakan rakan anda menerima update tersebut. Ya. Sangat senang tetapi hanya segelintir sahaja yang memanfaatkannya.
Ia lebih berkesan lagi kalo buat blog dalam bahasa inggeris. Daripada pelawat laman sosial ni kadang kadang sangat responsif untuk membeli dan juga klik iklan adsense anda. Kenapa hanya bersosial? Kenapa tidak gunakan kemudahan yang ada untuk menarik orang ke blog anda.
Tak susah. Rakyat Malaysia adalah penguna tegar sosial networking seperti Myspace, Friendster,Twitter dan juga Facebook. Saya sukakan facebook dan twitter. Saya suka cara mereka jadikannya setiap post yang kita buat menjadi viral dan tersebar dengan cepat di kalangan network yang ada.
Jadi tindakan anda sekarang ialah join dan add kawan kawan ramai ramai. Lepas tu update blog anda dengan artikel yang berkaitan dan sebarkan berita di laman sosial networking. Ia mungkin menarik minat ratusan orang yang berada di dalam network anda.
Saya ada beberapa akaun twitter yang saya gunakan untuk promosikan blog saya.Ia dalam beberapa topik utama yang memberikan pendapatan utama kepada saya. Sekarang ni sedang buat eksperimen tentang Clickbank. Bulan ni baru $450 lebih. Target saya setiap bulan dari Clickbank adalah sekurang kurangnya $1000. Tapi tu target baru saya untuk 3 bulan lagi. Sebelum ni hanya target $300 dalam masa sebulan.
Ia dalam fasa eksperimen lagi. Jadi saya tak nak heboh heboh sangat lagi. Kalau boleh saya nak jadikan pendapatan daripada Clickbank adalah automatik tanpa perlu peningkan kepala.
Oklah ye. Selamat bersosial!

cerita motivasi

Golongan Cari Makan Atau Cari Rezeki?

Friday, April 10th, 2009 |
Agak lama juga saya tak update blog ni. Maaf ye kepada mereka yang sering melawati blog ini. Saya agak sibuk sejak kebelakangan ini. Ada banyak blog yang perlu diupdate. Jadi saya update blog lain dulu sebelum update blog ini. Saya dah set schedule post untuk blog blog lain. Jadi tak perlu untuk update bagi 2,3 bulan lagi..
Kembali kepada topik hari ini. Cari makan atau cari rezeki? Apa bezanya? Saya biarkan anda berfikir sekejap..
-
-
-
Okay la. Sebenarnya ia lebih kurang sama. Tapi berbeza. Macamana tu?
Cari makan adalah istilah untuk mereka yang tibai semua tak kira halal atau haram. Asalkan ada peluang, terus disambar tanpa menilainya samada ianya halal atau haram. Mereka yang menerima rasuah adalah dari golongan ini kot. Semua bedal.
Cari Rezeki adalah datangnya dari hati. Golongan ini akan bekerja sebaik mungkin dengan niat agar rezeki yang diterima adalah halal dan diredhai oleh Allah. Mereka amanah dalam setiap urusan mereka tidak kira samada dalam perniagaan atau konteks makan gaji.
Harap kita semua dari golongan yang mencari rezeki la hendaknya.
Jika anda berniaga. Berniaga dengan amanah dan niat ikhlas kerana Allah.
Usahawan internet pulak? Jangan biarkan pelanggan anda terkapai kapai. Bantu mereka sebaik mungkin. Saya sebenarnya menerima banyak jugak aduan bahawa mereka agak fobia untuk membeli ebook kerana beberapa usahawan yang bermanis mulut ketika menjual. Setelah menjadi pelanggan, customer support entah ke mana. Email tidak berbalas balas.
Mungkin rezeki yang halal boleh jadi haram kerana pembeli berasa teraniaya…
Dalam perniagaan produk digital yang berbentuk teknikal, perkara yang paling mencabar ialah customer support. Hampir 4 tahun saya terlibat dalam perniagaan ini. Memang cukup mencabar. Ada usahawan internet yang tidak sanggup untuk melayani pertanyaan sehinggakan menutup tempahan atau perniagaan.
p/s: Dengar cerita Jana Wang Adsense sudah dihentikan jualan. Khabarnya tidak mampu untuk customer support yang berkesan kerana beliau sering keluar berdakwah (Tabligh).

affiliate

Laporan Percuma Buat Duit Dengan Clickbank

Wednesday, July 23rd, 2008 |
Saya buat satu laporan percuma untuk anda semua. Insyaallah saya akan release satu lagi laporan percuma tak lama lagi tentang Paypal iaitu Bagaimana untuk menyelesaikan Limited Access Paypal. Saya release Laporan Clickbank ini dahulu sebagai Viral Marketing bagi Affiliate Panduan Clickbank.
Dah lama siap laporan tu. Lepas Mawardee release Panduan Clickbank baru saya mengambil keputusan untuk jadikan ia sebagai satu laporan percuma. Saya memang malas nak design ecover. Kalo rajin,saya buat la kot. :P . Tunggu sehari dua lagi saya akan release laporan percuma paypal plak.
Debit Kad Tune money pun saya dah dapat. Cuma tak test lagi untuk transaksi online sebab tak topup lagi. Lagipun saya baru je sampai KL hari ini. Seminggu lebih saya balik kampung untuk menguruskan majlis perkahwinan saya yang tinggal 1 minggu je lagi. Makin berdebar plak rasannya.
clickbank
Jadi anda boleh download report percuma ini di http://www.shamsuriyadi.com/DuitClickbank.zip

Selasa, 22 November 2011

PERHATIAN DEMI KEJAYAAN ANDA

PERHATIAN WARGA PELAJAR IPTA DAN IPTS.
PENGUMUMAN UNTUK MENJANA PENDAPATAN ANDA .
-MUDAH ,JIMAT MASA ,DAN DIMANA SAHAJA
-HANYA PERLU KLIK DAN IKUT ARAHAN
-MESIN LAKUKAN SECARA AUTOMATIK
-PENDAFTARAN 50.00 SAHAJA
-BONUS JIKA SAMPAI SASARAN
-DALAM 2BULAN JIKA TIDAK BERJAYA 50% WANG
  DIKEMBALIKAN
-SELAMAT MENCUBA
http://www.part-time-lumayan.com/?pt=PL860454

Ahad, 20 November 2011

Kerja dari rumah. Sungguh mudah.
Layari http://www.part-time-lumayan.com/?pt=PL860454         

Nabi Sulaiman Dengan Kubah Ajaib






Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai- ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya". Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam kedalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangant cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikah oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada disitu. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa kehairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela diatas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela diatas khidmat yang diberkan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada sutau hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajah kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tepapi ia mula memasukkinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada didalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ketempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ketempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa siksanya orang yang menderhakan kepada kedua ibu bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ketempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib

Nabi Ibrahim A.S Dengan Orang Majusi


Pernah suatu hari Nabi Ibrahim Alaihissalam menolak seorang tamu yang berkunjung ke rumahnya. Nabi Ibrahim berkata "Aku tidak menerima tamu seperti engkau selagi engkau tidak meninggalkan agamamu dan ajaran orang-orang Majusi". Orang Majusi itu meninggalkan rumah Nabi Ibrahim dengan perasaan dukacita sekali.

Sikap Nabi Ibrahim Alaihissalam tidak disenangi Allah sehingga turunlah wahyu yang bermaksud "Apa kerugianmu jika engkau menerima tamu itu, walaupun dia mengingkari dan mengkafiri Ku. Allah akan menggantikan makanan dan minuman yang engkau berikan kepadanya selama 70 tahun."

Setelah menerima wahyu tersebut Nabi Ibrahim sungguh menyesal di atas tindakannya dan keesokan harinya Nabi Ibrahin Alaihissalam pergi mencari orang Majusi itu dan mempelawanya supaya sudi datang ke rumahnya sekali lagi. Kata orang Majusi itu "Pelik sungguh, semalam engkau mengusirku, tetapi hari ini engkau mengajak aku pergi ke rumahmu". Nabi Ibrahim menceritakan tentang wahyu yang diterimanya setelah menghalau orang Majusi itu.

Orang Majusi itu berkata "Sungguh baik tuhanmu memperlakukan aku sebegini, walaupun aku ini orang kafir". Orang Majusi itu berkata lagi "Hulurlah tanganmu, (sambil berjabat tangan) aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang lain melainkan Allah dan engakau adalah pesuruh Allah". Semenjak dari itu orang Majusi itu mengikuti ajaran Nabi Ibrahim Alaihissalam.

Janggut Nabi Harun Berwarna Dua


Nabi Musa Alaihisalam telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wataala supaya pergi ke bukit Sina untuk menerima wahyu. Semasa pemergian Nabi Musa, segala urusan telah diserahkan kepada saudaranya Nabi Harun a.s. Pemergian Nabi Musa mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam.

Ketiadaan Nabi Musa a.s telah mengembirakan seorang musuh dalam selimut bernama Samiri. Dia telah memunafaat masa ini untuk menyesatkan kaum Nabi Musa yang selama ini telah bersusah payah membentuk dan memberi keimanan kepada mereka. Sewaktu Nabi Musa menyeberangi Laut Merah setelah pulang dari Mesir, kaki kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah tenggelam dalam pasir di tengah lautan yang kering itu. Dengan segala usaha yang dilakukan oleh Nabi Musa, kuda yang ditungganginya tetap tidak mahu meneruskan perjalanan untuk menyeberangi Laut Merah.

Kerana itu Allah telah mengutuskan malaikat Jibrail dengan menunggang kuda betina. Melihat lawan sejenisnya kuda yang ditunngangi oleh Nabi Musa telah mengejar kuda yang ditunggangi oleh Malaikat Jibrail. Samiri yang ikut serta dalam rombongan tersebut telah mengambil segenggam pasir bekas tapak kaki kuda yang ditunggangi oleh Jibrail dan disimpannya untuk dijadikan azimat.

Apabila tiba masa yang sesuai iaitu semasa Nabi Musa bersunyi di Bukit Sina, Samiri membuat patung seekor lembu daripada emas murni. Setelah siap, patung itu diisinya dengan pasir yang di ambil dari bekas tapak kaki kuda Jibrail. Dalam waktu yang singkat sahaja patung lembu tersebut dapat mengeluarkan suara. Melihat keadaan tersebut, umat Nabi Musa datang berduyun-duyun kepada Samiri. Samiri memimpin mereka menyembah patung lembu yang menakjubkan itu.

Nabi Harun sangat marah setelah melihat umatnya menyembah berhala, lalu berusaha mencegah umatnya daripada terus syirik kepada Allah bahkan umatnya mengancam Nabi Harun untuk membunuhnya jika Nabi Harun terus melarang mereka meyembah patung lembu tersebut. Nabi Harun tidak dapat berbuat apa-apa untuk melarang mereka daripada terus menyembah patung tersebut. Setelah kembali daripada Bukit Sina, Nabi Musa sangat marah kerana melihat umatnya telah murtad.

Nabi Harun telah di persalahkan dalam hal ini. Dalam keadaan marah yang tidak dapat dikawal Nabi Musa telah menarik janggut Nabi Harun menyebabkan janggut yang dipegang oleh Nabi Musa telah bertukar menjadi putih manakala janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa kekal berwarna hitam. Sejak itu janggut Nabi Harun mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.

Sumber Harakah 20 Rabiulakhir 1420.

Nabi Sulaiman Dengan Jin Ifrit


Adik-adik, Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman.

Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda. Pada suatu hari Jin Ifrit telah keluar daripada bandar Baitulmaqdis kerana ingin mencari sebiji mutiara yang sangat cantik untuk dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya dia mendapat pujian daripada Nabi Sulaiman dan sekaligus ingin membuktikan kepada jin dan syaitan yang lain bahawa dialah jin yang paling disayangi oleh Nabi Sulaiman. Secara senyap-senyap Jin Ifrit keluar supaya tidak diketahui oleh makhluk yang lain. Setelah sampai di Laut Merah Jin Ifrit menyelam di dasar lautan untuk mencari mutiara tersebut. Setelah puas menyelam, mutiara tersebut tidak juga dijumpai oleh Jin Ifrit sehingga sampai ke suatu tempat yang berbatu, ternampak olehnya kilauan dari celah-celah batu tersebut. Setelah diamatinya ternyata kilauan tersebut adalah mutiara yang sangat cantik yang dicari-carinya. Jin Ifrit terus mangambil mutiara tersebut dan berenang sehingga sampai ke tepi pantai.

Semasa perjalanan pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui bahawa dia telah diekori oleh jin lain yang bernama Bota. Bota terus mengejar Jin Ifrit dan memintas lalu merampas mutira tersebut. Jin Ifrit sangat marah lalu mengejar Bota. Oleh kerana Bota lari dengan pantas ke arah selatan menyebabkan Jin Ifrit tidak dapat mengejarnya lagi. Jin Ifrit sangat takut kalau-kalau diketahui oleh Raja Jin bahawa mutiara tersebut telah hilang. Tidak lama kemudian Jin Ifrit mendengan suara memanggilnya. Ifrit mengenali suara tersebut adalah suara Raja Jin. Dengan segera Ifrit pergi mengadap Raja Jin. Raja Jin bertanya kepada Ifrit "Mana mutiara tersebut ?" Ifrit menjawab "Mutiara tersebut telah dirampas oleh Bota".

Raja Jin mengambil keputusan untuk mempersempahkan kes tersebut kepada Nabi Sulaiman. Satelah tiba dihadapan Nabi Sulaiman, baginda bertanya kepada Raja Jin "Apakah kesalahan Ifrit?". Raja jin menjawab "Ifrit telah menghilangkan sebiji mutiara yang sangat cantik". Nabi Sulaiman berkata kepada Ifrit "Adakah kamu telah menyembunyikan mutiara tersebut?" Ifrit menafikannya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Nabi Sulaiman berkata "Aku akan panggil semua jin dan syaitan untuk diperiksa". "Sementera itu kamu akan dipenjarakan terlebih dahulu sehingga kamu dibuktikan tidak bersalah" kata Nabi Sulaiman.

Salah seorang yang mendengar perbicaraan tersebut ialah Perdana Menterinya yang bernama Asif. Beliau adalah seorang yang bijak dan tahu bahawa Bota adalah salah seorang hamba kepada orang lain. Beliau berkata kepada Nabi Sulaiman " Allah menjadikan peristiwa sebagai pembuka jalan kepada Nabi Sulaiman supaya pergi ke selatan untuk berjuang pada jalan Allah seperti baginda janjikan dahulu". "Mungkin Raja tersebut masih menyembah berhala" sambung Perdana Menteri. Nabi Sulaiman menerima kata-kata tersebut lalu baginda berangkat ke Baitulmaqdis untuk beribadah dan bersyukur kepada Allah keatas nikmatNya.
Mayat Bangun Dari Kubur
Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin Allah, maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah juga. Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk menunjukkan kebesarannya.
Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah mati, mereka masih menyangkalnya. "Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar. Cuba kau hidupkan mayat-mayat terdahulu jika kau boleh." Ujar mereka. Merasa ditentang kaumnya, Nabi Isa lalu berkata : "Silakan pilih mayat sekehendakmu," jawabnya.
"Cuba hidupkan Sam dan Nuh," kata mereka.
Kemudian Nabi Isa pergi ke makam Sam dan Nuh. Setelah bersembahyang di atas kuburnya, Isa berdoa kepada Allah meminta Allah menghidupkan mayat itu. Atas kekuasaan Allah kedua mayat yang sudah lama meninggal itu bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepalanya sudah memutih.
Begitu melihat keduanya hidup kembali, Isa bertanya, "Mengapa rambutmu sudah memutih semacam itu,". Keduanya lalu menjawab bahawa mendengar panggilan Isa, ia mengira hari kiamat sudah tiba. "Berapa lama kau sudah meninggal?" tanya Isa. "Empat ribu tahun, tetapi sampai sekarang belum hilang rasa sakit matiku." Jawabnya.Melihat mukjizat Allah, berimanlah semula orang-orang yang kafir itu.
Kisah Nabi Daud Dengan Ulat
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
Kisah Nabi Sulaiman dengan Semut

Kisah 1
Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh ummatnya untuk meminta pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah SWT agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.
Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdo'a memohon kepada Allah SWT penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah SWT. Mendengar do'a si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Nabi Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.

Kisah 2
Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut, hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi karena engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut

Kisah Nabi Musa a.s dengan 'Auj bin Unuq


'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya. Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.

Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.

Sebelum sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang dijunjung di atas kepalanya kepada askar-askar Nabi Musa a.s, Allah telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah, berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.

Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah S.W.T dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.

Kisah Nabi Salleh a.s


Nabi Salleh a.s sedar akan tentangan oleh kaumnya yang menuntut bukti daripadanya berupa mukjizat itu, adalah bertujuan untuk menghilangkan pengaruhnya dan mengikis habis kewibawaannya di mata kaumnya terutama para pengikutnya. Bila ia gagal memenuhi tuntutan tersebut, Nabi Salleh membalas tentangan mereka dengan menuntut janji dari mereka, bila ia berhasil mendatangkan mukjizat yang mereka minta, bahawa mereka akan meninggalkan agama dan penyembahan mereka dan akan mengikut Nabi Salleh dan beriman kepadanya.

Sesuai dengan permintaan dan petunjuk pemuka-pemuka kaum Tsamud, berdoalah Nabi Salleh a.s memohon kepada Allah agar memberikan suatu mukjizat kebenaran risalahnya dan sekaligus mematahkan perlawanan dan tentangan kaumnya yang masih degil itu. Ia memohon dari Allah dengan kekuasasan-Nya menciptakan seekor unta betina, dikeluarkannya dari perut sebuah batu karang besar yang terdapat di sisi sebuah bukit yang mereka tunjuk. Maka sejurus kemudia, dengan izin Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Pencipta, terbelahlah batu karang yang ditunjuk itu, keluar dari perutnya seekor unta betina. Dengan menunjuk kepada binatang yang baru keluar dari perut batu karang. "Inilah dia unta Allah, janganlah kamu ganggu dan biarkan giliran untuk mendapatkan air minum bagimu dan bagi ternakanmu juga dan ketahuilah bahawa Allah akan menurunkan azab-Nya bila kamu sampai mengganggu binatang ini."

Syahdan, maka bekeliaranlah sang unta di ladang-ladang memakan rumput sesuka hatinya tanpa mendapat gangguan. Dan disaat giliran minumnya tiba, pergilah unta itu ke sebuah perigi dan minumlah sepuas hatinya. Dan pada hari-hari giliran unta Nabi Salleh a.s datang minum, tiada seekor binatang lain menghampirinya, hal mana menimbulkan rasa tidak senang pada pemilik-pemilik binatang-binatang itu yang makin hari makin merasa bahawa adanya unta Nabi Salleh di tengah-tengah mereka itu merupakan gangguan. Laksana duri yang melintang di dalam kerongkong.

Dengan berhasilnya Nabi Salleh a.s mendatangkan mukjizat yang mereka tuntut, gagallah pemuka kaum Tsamud dalam usahanya menjatuhkan kehormatan dan menghilangkan pengaruh Nabi Salleh, bahkan sebaliknya telah menambah tebal kepercayaan para pengikutnya dan menghilangkan keraguan dari kaumnya. Maka dihasutlah oleh mereka pemilik-pemilik ternak yang merasa jengkel dan tidak senang dengan adanya unta Nabi Salleh yang bermaharajalela di ladang dan kebun-kebun mereka serta ditakuti oleh binatang-binatang peliharaannya.

"Barangsiapa segan mengikuti jejak sunnahku, maka tiadalah ia termasuk dalam golonganku." Hadith Riwayat Muslim

Nabi Isa a.s dengan orang mabuk cinta


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur
Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun

Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah SWT utnuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus seorang pendatang ke Niwana semata-mata atas perintah Allah SWT untuk berdakwah kepada penduduknya.

Nabi Yunus mendapati penduduk Niwana merupakan manusia yang menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan. Nabi Yunus juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia. Nabi Yunus menasihatkan mereka bahawa berhala tersebut tidak dapat memberi apa-apa manfaat kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata-kata. Nabi Yunus mengingatkan mereka supaya menyembah Allah SWT yang telah menciptakan manusia dan Allah sajalah yang wajib ditaati.

Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus itu ajaran baru, maka tidak ramai manusia yang mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah berhala-berhala yang di sembah oleh datuk nenek mereka secara turun temurun. Walaupun Nabi Yunus memberi nasihat, tetapi mereka tetap berkeras dengan berkata "Ini adalah Tuhan kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek kami telah lama menyembah tuhan-tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami".

Nabi Yunus berkata "Aku hanya menyampai apa yang Allah menyuruh aku sampaikan kepada kamu semua, oleh itu kamu beriman dan bertauhidlah menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah SWT". Berkata Nabi Yunus lagi "Aku ini hanyalah pesuruh yang mana Allah SWT telah perintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah kegelapan serta menyiarkan kepada kamu tentang agama yang suci bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat."

Walaupaun Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata "walau apa sekalipun kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama kami dan kami juga tidak takut walau apa pun ancaman yang kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar."

Setelah Nabi Yunus melihat keadaan mereka yang tidak menerima peringatannya itu, maka Nabi Yunus pun meninggalkan Niwana dengan rasa amat marah. Nabi Yunus berdoa kepada Allah supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang sewajarnya. Sejak Nabi Yunus meninggalkan Niwana mereka gelisah melihatkan perubahan yang berlaku di tempat tinggal masing-masing.

Penduduk melihat Niwawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka juga seperti tidak tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat kuat serta guruh yang mengegarkan. Dengan berlakunya perkara-perkara ini maka tahulah mereka bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang benar dan bukan satu ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai-ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah SWT agar dijauhkan daripada sebarang malapetaka.

Allah SWT Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon ampun dariNya, maka Allah SWT pun menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan mereka kembali tenang. Akhirnya mereka semua kembali dengan bersyukur kepada Allah SWT yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka. Nabi Yunus telah meninggalkan Niwana membawa diri tanpa tujuan.

Baginda naik bukit turun bulit, naik gunung turun gunung dan akhirnya ia sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar bersamanya. Setelah diberi keizinan maka Nabi Yunus menumpang kapal tersebut. Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang kuat.

Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan. Ini termasuk penghuni kapal kapal tersebut. Satu pengundian telah dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus dipilih sebagai orang yang harus dibuang ke laut. Oleh sebab Nabi Yunus adalah orang yang sangat dihormati dan disanjung, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua Nabi Yunus tetap terpilih.

Maka mereka mengundi sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus tahu bahawa ia adalah kehendak Allah. Nabi Yunus memikirkan kesalahannya kerana meninggalkan Niwana tanpa mendapat persetujuan Allah. Ia berfikir keputusan undi itu adalah disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus beristikharah, tanpa ragu-ragu Nabi Yunus terjun ke dalam laut yang sedang bergelombang ganas.

Ketika Nabi Yunus sedang berlawan dengan gelombang, maka Allah SWT mengarahkan seekor ikan nun (yu) supaya menelan Nabi Yunus hidup-hidup, maka ikan nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa ada cacat-celanya. Ketika Nani Yunus berada dalam perut ikan nun dia berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa yang telah dilakukan. Lalu Nabi Yunus membaca doa: "Tidak ada Tuhan yang benar di sembah hanya Engkau ya Alalh, mahasuci Engkau aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku."

Maka Allah perkenankan permintaannya dan Allah lepaskan dia daripada kedukaan. Demikianlah Allah selamatkan orang yang beriman. Rasulullah bersabda maksudnya: "Nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus dalam perut ikan nun." Firman Allah bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat."

Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah pun melemparkan Nabi Yunus ke darat. Di tempat Nabi Yunus dilemparkan Allah menghidupkan pokok labu yang dapat Nabi Yunus bernaung di bawahnya dan dapat pula ia makan buat tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi Yunus dilemparkan ke darat keadaannya amat letih.

Setelah Nabi Yunus berasa segar kembali maka Allah telah memerintahkannya supaya kembali ke Niwana. Nabi Yunus terkejut kerana penduduk sedang menanti kepulangannya. Penduduk tersebut meminta Nabi Yunus mengajar untuk menyempurnakan akidah dan imam mereka. Nabi Yunus berasa hairan kerana penduduk Niwana dahulunya terdiri daripada orang yang ingkar dengan perintah Allah tetapi kini hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah.
Hamba Badwi Dengan Rasulullah s.a.w



Pada suatu masa, ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!". Rasulullah s.a.w meniru zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!". Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi "Ya Karim! Ya Karim!".

Orang itu merasa dirinya di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan di lihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya. Orang itu berkata "Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekkanku, kerana aku ini orang badwi?.Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan ku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah".

Mendengan kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w tersenyum lalu berkata: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?".

"Belum" jawab orang itu.

"Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya" jawab orang Arab badwi itu.

Rasulullah s.a.w pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat"

Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, "Tuan ini Nabi Muhammad"

"Ya" jawab Nabi s.a.w.

Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua-dua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu Rasulullah s.a.w menarik tubuh orang Arab badwi itu seraya berkata "Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya di lakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutuskanku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang minta di hormati atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya".

Ketika itulah turun Malaikat Jibril a.s untuk membawa berita dari langit, dia berkata "Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil maupun yang besar".

Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya". Orang Arab badwi berkata lagi "Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maqhfirahNya, Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanNya".

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

"Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: Berhentilah engkau dari menangis, sesungguhnya kerana tangismu , penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergongcang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti"

Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengan berita tersebut. Ia menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.
Rasulullah S.A.W Dan Pengemis Buta



Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha. Ke esokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.
Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail



Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau dantang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut". Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang malaikan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyata Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."

Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".

Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, ratai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.

Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.

Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya kedalam syurga," maka Nabi Idris masuk kesyurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris, keluarlah engaku dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah SWT telah berfirman "Tiap-tiap orang misti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah SWT berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki nerakan dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).

"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."

Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."

KISAH PARA NABI

KISAH NABI ADAM A.S

Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Kekhuatiran Para Malaikat.

Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerusakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."

Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, karena Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."
Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk.Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna

.

Iblis Membangkang.

Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain, yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya. Iblis merasa dirinya lebih mulia,l ebih utama dan lebih agung dari Adam, karena ia diciptakan dari unsur api, sedang Adam dari tanah dan lumpur.Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun diperintah oleh Allah.

Tuhan bertanya kepada Iblis:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"
Iblis menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."
Karena kesombongan, kecongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat.Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.

Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan,tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang,menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.

Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."


Pengetahuan Adam Tentang Nama-Nama Benda.
Allah hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi, maka diajarkanlah kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta, kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat seraya:"Cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu, jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam."
Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata:"Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajakan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."

Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam, berfirmanlah Allah kepada mereka:"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."

Adam Menghuni Syurga.

Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulamat Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga, ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya. ia ditanya oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"

Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa namanya?"tanya malaikat lagi.
"Hawa",jawab Adam."Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi.
Adam menjawab:"Untuk mendampingiku,memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."

Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga,rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya, rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu.Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya.Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim.Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu, ia akan berusaha membujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmat ini."

Iblis Mulai Beraksi.

Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh Allah dari Syurga akibat bangkangannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan dengki terhadap Adam yang menjadi sebab sampai ia terkutuk dan terlaknat selama-lamanya tersingkir dari singgahsana kebesarannya. Iblis mulai menunjukkan rancangan penyesatannya kepada Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia.
Ia menyatakan kepada mereka bahawa ia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan kebahagiaan mereka.Segala cara dan kata-kata halus digunakan oleh Iblis untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa ia betul-betul jujur dalam nasihat dan petunjuknya kepada mereka.Ia membisikan kepada mereka bahwa.larangan Tuhan kepada mereka memakan buah-buah yang ditunjuk itu adalah karena dengan memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal.Diulang-ulangilah pujukannya dengan menunjukkan akan harumnya bau pohon yang dilarang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya.Sehingga pada akhirnya termakanlah pujukan yang halus itu oleh Adam dan Hawa dan dilanggarlah larangan Tuhan.

Allah mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang bermaksud: "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata."
Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah ia bahawa mereka telah terlanggar perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan dosa besar.Seraya menyesal berkatalah mereka:"Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu karena terkena pujukan Iblis. Ampunilah dosa kami karena nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami."

Adam dan Hawa Diturunkan Ke Bumi.
Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampuni perbuatan pelanggaran yang mereka telah lakukan hal mana telah melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat kelalaian peringatan Tuhan tentang Iblis sehingga terjerumus menjadi mangsa pujukan dan rayuannya yang manis namun berancun itu.
Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan Allah dan selanjutnya akan menjaga jangan sampai tertipu lagi oleh Iblis dan akan berusaha agar pelanggaran yang telah dilakukan dan menimbulkan murka dan teguran Tuhan itu menjadi pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu daya dan pujukan Iblis yang terlaknat itu. Harapan untuk tinggal terus di syurga telah pudar karena perbuatan pelanggaran perintah Allah, hidup kembali dalam hati dan fikiran Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa redha Allah serta rahmatnya akan tetap melimpah di atas mereka untuk selama-lamanya. Akan tetapi Allah telah menentukan dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak terfikirkan oleh mereka. Allah s.w.t.yang telah menentukan dalam takdir-nya bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk dikelolanya, akan dikuasai kepada manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambanya yang bernama manusia itu. Berfirmanlah Allah kepada mereka: "Turunlah kamu ke bumi sebagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup disana sampai waktu yang telah ditentukan."

Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang kembali. Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya berbeda-beda warna kulit dan kecerdasan otaknya.Umat manusia yang akan berkelompok-kelompok menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa di mana yang satu menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh aniaya-menganianya dan tindas-menindas sehingga dari waktu ke waktu Allah mengutus nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus penuh damai kasih sayang di antara sesama manusia jalan yang menuju kepada redha-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.

Kisah Adam dalam Al-Quran.

Al_Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al_Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al_A'raaf ayat 11 sehingga 25


Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam.
Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan larangan-larangan Allah dan dalam apa yang diciptakannya kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oleh otak manusia bahkan oleh makhluk-Nya yang terdekat sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia - keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi sehingga mereka seakan-akan berkeberatan dan bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagungkan nama-Nya.

Bahawasanya manusia walaupun ia telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental ia tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf.Hal mana telah terjadi pada diri Nabi Adam yang walaupun ia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu.Ia telah lupa dan melalaikan peringatan Allah kepadanya tentang pohon terlarang dan tentang Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.

Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidaklah ia sepatutnya berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya kembali.Rahmat allah dan maghfirah-Nya dapat mencakup segala dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya kecuali syirik bagaimana pun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan.
Sifat sombong dan congkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan.Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga hari Kiamat karena kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.