Rabu, 15 Ogos 2012

MESEJ RAYA

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Seiring salam seharum ganja,
Kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun ada dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.

Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Idul Fitri.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin,

Jambangan indah lagi Berseri,
Mnjadi hiasan diAidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tk lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat pulut di atas para,

Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri,
mäÅf zäHir & BÄtin..

BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa,
uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYe.

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg x kena
TERtanya yg x tentu hala
TERsasul yg x sengaja
TERpukul kat mana2
TERpinjam harta benda
TERmoody x semena2
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

Blm Ramadhan mnjelang kini,
Sdhlh tiba masa dnanti,
Syaitan & Iblis sdh dgari,
Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!

Lapar Puasa Terketar2,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
SMS pun kira oklah ye…!

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

TEORI PEMBELAJARAN (TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL - VYGOTSKY)


E. AKTIVITI 5: TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL (VYGOTSKY)



a) Dapatkan intisari teori pembelajaran Kontruktivisme sosial


i. Teori Konstruktivisme Sosial dikenali juga sebagai teori konstruktivisme. Ia telah diperkenalkan oleh Lev Semenovich Vygotsky (1986-1934). Beliau merupakan seorang guru dan sarjana. Menurut vygotsky, interaksi sosial memainkan peranan penting dalam pembangunan kognitif kanak-kanak. Teori ini lebih menekankan kepada peranan pengajaran dan interaksi sosial bagi perkembangan pengetahuan.


ii. Andaian asas teori ini ialah:
  • Orang dewasa mendidik kanak-kanak melalui kaedah formal dan informal
  • Setiap budaya mempunyai alat-alat dalam budaya untuk mendidik
  • Pemikiran dan bahasa saling mempengaruhi
  • Kanak-kanak atau individu memimpin diri melalui self talk (inner speech).
  • Kanak-kanak boleh melakukan perkara yang lebih sukar jika dibimbing.
  • Tugas yang mencabar akan menggalakkan perkembangan minda
  • Bermain merupakan satu cara kanak-kanak untuk belajar
iii. Vygotsky menyatakan orang dewasa dan rakan sebaya menyalurkan ‘mental tools’ (dan bahasa) kepada kanak-kanak atau pelajar semasa interaksi.


iv. Sumbangan yang utama teori ini ialah konsep zone of proximal development dan scaffolding. Scaffolding pula ialah bantuan sementara orang dewasa kepada pelajar untuk membuat sesuatu yang lebih sukar. Saat dan ketika dimana bantuan itu diberikan adalah dipanggil zon perkembangan proksimal (zone of proximal development).


b) Kaitkan dengan kreativiti


Dalam teori pembelajaran ini ada menyatakan bahawa kanak-kanak akan memimpin diri mereka sendiri malalui self talk (inner speech). Melalui inner speech ini, kanak-kanak akan membuat tingkah laku berdasarkan pengalaman mereka serta mengikut situasi persekitaran mereka. Ia sebenarnya secara tidak langsung dapat mendidik diri kanak-kanak untuk belajar berfikir. Dan dengan mengaitkannya situasi persekitaran mereka, mereka secara tidak langsungnya juga akan mengaplikasikan apa yang dilihatnya dan mengulang tingkah laku tersebut mengikut kreativiti mereka dan tahap pemikiran mereka.


c) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer


Pembelajaran menjadi suatu pengalaman dan menjadi maklum balas kepada pelajar-pelajar dan guru. Para guru perlu menggalakkan pelajar bersosial dan membuat aktiviti luar seperti membuat aktiviti amal seperti kursus komputer di luar kampus. Oleh yang demikian ia dapat menggalakkan pelajar untuk lebih berinteraksi dengan masyarakat luar seterusnya dapat meningkatkan perkembangan pemikiran pelajar-pelajar. 

  1. Pengertian Konstruktivisime

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

Kelemahan Teori Konstruktivisme
Memahami pembelajaran Kontekstual
teori kurikulum dan metodologi pengajaran yang berhubungan dengan pengalaman dan minat siswa. Filosofi
pembelajaran kontekstual berakar dari paham progresivisme John Dewey. Intinya siswa akan belajar dengan
baik apabila apa yangmereka pelajari berhubungan dengan apa yang mereka ketahui, serta proses belajar akan
produktif jika siswa terlibat aktif dalam proses belajar di sekolah. Selain teori progresivisme John Dewey, teori
kognitif melatar belakangi pula filosofi pembelajaran kontekstual. S ... konstruktivisme “CTL”dipromosikan
menjadi alternatif strategi belajar yang baru. Melalui strategi “CTL” siswa diharapkan belajar melalui mengalami,
dengan menghafal. Menurut filosofi konstruktivisme, pengetahuan berdifat non-obyektif, temporer dan selalu
berubah. Belajar adalah pemaknaan pengetahuan, bukan perolehan pengetahuan dan mengajar diartikan
sebagai kegiatan atau proses menggali makna, bukan memindahkan pengetahuan kepada orang yang belajar.
Hakikat teori konstruktivisme adalah bahw ...
Apakah Pendekatan Kontekstual ItuPendekatan konstektual merupakan suatu konsep belajar dimana guru
menghadirkan situasi dunia nyata kedalam kelas dan mendorong siswa membuat membuat hubungan antara
pengetahuan yang dimilikinya dengan penerapannya dalam kehidupan mereka sebagai anggota keluarga dan
masyarakat. Hasil pembekajaran diharapkan lebih bermakna bagi anak untuk memecahkan persoalan, berfikir
kritis danmelaksanakan observasi serta menarik kesimpulan dalam kehidupan jangka panjangnya. Dalam
konteks itu, siswa perlu mengerti apa makna belajar, apa manfaatnya, dalam status apa mereka dan bagaimana
mencapainya.Kontekstual hanyalah strategi pembelajaran. Seperti halnya strategi pembelajaran yang lain,
konstektual dikebangkan dengan tujuan agar pembelajaran berjalan lebih produktif danbermakna. Pendekatan
konstektual dapat dijalankan tanpa harus mengubah kurikulum dan tatanan yang ada.Dewasa ini pembelajaran
kontekstual telah berkembang dinegara-negara maju dengan berbagai nama. Di Negeri belanda berkembang
apa yang disebut dengan Realistic Matematics Education (RME), yang menjelaskan bahwa pembelajaran
matematika harus dikaitkan dengan kehidupan nyata siswa. Di Amerika berkembang apa yang disebut
Contekstual Teaching an Learning (CTL) yang intinya membantu guru ubtuk mengaitkan materi pelajaran
dengan kehidupan nyata dan memotivasi siswa untuk mengaitkan pengetahuan yang dipelajarinya dengan
kehidupan mereka. Sementara itu di Michigan juga berkembang Bonnected Matematics Project (MP) yang
bertujuan mengintregasikan ide matematika kedalam konteks kehidupan nyata denga harapan siswa dapat
memahami apa yang dupelajarinya ...

Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky


Biodata Lev Vygotsky
Vygotsky lahir pada 17 November 1896 di Orsha, sebuah bandar kecil yang terletak di Belorussia dan dibesarkan di Gomel, sebuah bandar kira-kira 400 batu dari Moscow. Lev Vygotsky membesar dalam sebuah keluarga kelas pertengahan. Ibunya merupakan seorang guru namun tinggal di rumah sahaja kerana mendidik anak-anaknya. Vygotsky turut mempunyai seorang tutor peribadi yang bernama Solomon Ashpiz. Setelah menerima pendidikan awal di sekolah swasta, Vygotsky pergi ke sebuah Gymnasium Yahudi untuk meneruskan pengajian peringkat menengah. Beliau merupakan pelajar yang baik dan sering digelar sebagai ‘ professor kecil” kerana selalu memimpin diskusi mahasiswa pada topik berkenaan falsafah atau budaya yahudi, teater dan sastera.
Beliau menamatkan pengajian sekolah menengah dengan anugerah medal emas kemudian melanjutkan pelajaran ke Moscow State University dan tamat pengajian pada 1917. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di beberapa tempat antaranya Institut Psikologi pada pertengahan 1920 dan di beberapa pusat pendidikan di Moscow, Lerningrad, dan Kharkow. Beiau telah menulis buku tentang “Pemikiran dan Bahasa” dan “ Fikiran masyarakat”.
Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky
Lev Vygotsky banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial , alat budaya , dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.
Contohnya , Vygotsky mencadangkan konsep pembinaan zon proksimal , di mana kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu masalah dengan bantuan orang dewasa, rakan atau guru (scaffolding).

Zon Perkembangan Proximal (ZPD)

1. Terdapat dua konsep penting dalam teori ini ( Slavin, 1997 ), iaitu Zon Perkembangan Proximal (ZPD) dan bantuan (scaffolding).
2. ZPD merupakan suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bantuan orang dewasa.
3. Dalam konteks pembelajaran, pelajar dan guru hendaklah bekerjasama untuk meningkatkan pelajaran dan membolehkan kanak-kanak melakuakn kerja tersebut sendiri.
4. Dalam erti kata lain actual developmental level merujuk kepada semua aktiviti yang boleh dipersembahkan oleh seseorang kanak-kanak sendiri tanpa bantuan orang lain.
5. Sebaliknya, zone of proximal development ialah sesorang kanak-kanak atau pelajar melakukan sesuatu kerja dengan bantuan orang lain.

pra tulisan

Aktiviti Pratulisan

AKTIVITI PRATULISAN

Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis ynag berbentuk bebas. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut:


a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan

b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.

c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.

d) Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.



Strategi pengajaran pratulisan

Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima pendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun didedahkan kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun begitu, bagi peringkat permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada murid.

Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis.


a. Latihan bagi tangan
Murid dikehendaki:

i. Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali.

 ii.Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas.

 iii.Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang.


iv.Menggenggam dan merasa bola.

 v.Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan cara memegang yang betul.

vi.Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara.

vii.Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah.
viii.Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula.

ix.Membuka tali kasut dan mengikat semula.


b. Latihan bagi mata
Murid dikehendaki:

i.Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.

ii.Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi.

iii.Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri.

iv.Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar.

v.Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.

vi.Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagaimya.


c. Latihan bagi kordinasi mata dan tangan:
Murid dikehendaki:

 i.Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran.
ii.Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan.

iii.Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya jigsaw puzzle.

iv.Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan,

v.Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru.

vi.Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar.

vii.Mencantum arah jalan atau aliran sungai.

viii.Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa.

ix.Memilih gambar yang berlainan dalam satu set.

x.Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal.

xi.Mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan.

xii.Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya





2 matra


Bentuk Dua Matra

Objek seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 dikenali sebagai bentuk dua matra atau 2-D. Ia hanya mempunyai dua dimensi, iaitu panjang dan lebar. Kesemua objek ini berada dalam satu satah, dan tidak mempunyai ketebalan.
Setiap poligon segitiga yang terdapat dalam Rajah 6 mempunyai ciri-cirinya yang tertentu. Berpandukan bahan manipulatif yang sesuai, perihalkan setiap segitiga berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan dalam Jadual 1.  
Jadual 1
Jenis Segitiga
Bilangan sisi sama panjang
Bilangan garis simetri
Saiz sudut
Segitiga sama sisi



Segitiga kaki sama



Segitiga tak sama kaki




Segiempat tepat, segiempat sama, segiempat selari, trapezium, rombus, lelayang adalah contoh bagi bentuk sisi empat. 

2 matra


LITERASI NOMBOR - WAJ 3105

Tajuk : Sense Ruang

1. Ruang 2-D dan Ruang 3-D
1.1 kenalpasti objek yang ada di sekeliling kita yang menggunakan konsep 2-D dan 3-D
1.2 apakah ciri-ciri 2-D dan 3-D
1.3 buat jadual perbezaan ciri-ciri 2-D dan 3-D
Bincangkan aspek ruang dalam :
· Mudah untuk dikendalikan, diukur dan digunakan dalam pembinaan
· Membina daripada bahan yang mudah atau instumen yang biasa
· Membina konsep ruang dan hubungan berdasarkan aktiviti

Selasa, 14 Ogos 2012

http://www.slideshare.net/liyaamalina/waj-3106-hubungan-etnik-perpaduan



Hasan dari Basrah dan Penyembah ApiEpisod dari Tazkirat Al-Auliya – Diambil dari buku yang ditulis oleh Farid Al-Din Attar
Hasan mempunyai jiran bernama Simeon, seorang penyembah api. Suatu hari, Simeon jatuh sakit dan ajalnya hampir tiba. Sahabat-sahabat meminta agar Hasan sudi mengunjunginya. Akhirnya Hasan pun mendapatkan Simeon yang terbaring di tempat tidurnya dan badannya telah hitam disebabkan api dan asap.
“Takutlah kamu kepada Allah,” Hasan menasihatkan. “Engkau telah mensia-siakan seluruh usiamu di tengah-tengah api dan asap.”
“Ada tiga perkara yang telah menghalangku untuk menjadi seorang muslim. Pertama adalah kenyataan walaupun kamu semua membenci dunia tapi siang dan malam mengejar hartakekayaan. Kedua, kamu semua mengatakan bahawa mati adalah suatu kenyataan yang harus dihadapi namun tidak bersedia untuk menghadapinya. Ketiga, kamu semua mengatakan bahawa wajah Allah akan dilihat, namun hingga saat ini masih melakukan segala yang tidak diredhai-Nya,” jawab Simeon penyembah api.
“Inilah ucapan dari manusia-manusia yang sungguh-sungguh mengetahui. Jika setiap muslim berbuat begitu, apakah yang sepatutnya engkau katakan? Mereka mengakui keesaan Allah sedangkan engkau menyembah api selama tujuh puluh tahun, dan aku tidak pernah berbuat seperti itu. Jika kita sama-sama terseret ke neraka, api neraka akan membakar dirimu dan diriku. Tetapi jika diizinkan Allah, api tidak akan berani menghanguskan walau sehelai rambut pada tubuhku. Ini disebabkan api diciptakan Allah dan segala ciptaan-Nya tunduk kepada perintah-Nya. Walaupun engkau menyembah api selama tujuh puluh tahun, marilah kita bersama-sama menaruh tangan kita ke dalam api agar engkau dapat menyaksikan sendiri betapa api itu sesungguhnya tidak berdaya dan betapa Allah itu Maha Kuasa,” jawab Hasan.
Setelah berkata demikian Hasan memasukkan tangannya ke dalam api. Namun sedikit pun tidak cedera atau terbakar. Melihatkan hal itu Simeon merasa hairan. Suatu ilmu telah diketahuinya.
“Selama tujuh puluh tahun aku telah menyembah api, kini hanya dengan satu atau dua helaan nafas saja yang tinggal, apakah yang harus kulakukan?” Simeon mengeluh.
“Jadilah seorang muslim,” jawab Hasan.
“Jika engkau memberiku jaminan bahawa Allah tidak akan menghukum diriku, barulah aku menjadi muslim. Tanpa jaminan itu aku tidak mahu memeluk agama Islam,” kata Simeon.
Hasan segera membuat satu surat jaminan.
Ramai orang-orang yang jujur di kota Basrah memberikan kesaksian mereka di atas surat jaminan tersebut. Simeon menitiskan air mata dan menyatakan dirinya sebagai seorang muslim. Kepada Hasan ia berwasiat, “Setelah aku mati, mandikanlah aku dengan tanganmu sendiri, kuburkanlah aku dan selitkan surat jaminan ini di tanganku. Surat ini akan menjadi bukti bahawa aku adalah seorang muslim.”
Setelah berwasiat demikian, ia mengucapkan dua kalimah syahadat dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mereka memandikan mayat Simeon, mensolatkannya dan menguburkannya dengan surat jaminan di tangannya. Di malam harinya Hasan berbaring sambil merenungi apa yang telah dilakukannya itu. “Bagaimana aku dapat menolong seseorang yang sedang tenggelam sedang aku sendiri dalam keadaan yang serupa. Aku sendiri tidak dapat menentukan nasibku, tetapi mengapa aku berani memastikan apa yang akan dilakukan oleh Allah?”
Dalam keadaan memikirkan hal itu, Hasan terlena. Ia bermimpi bertemu Simeon, wajah Simeon cerah dan bercahaya seperti sebuah pelita; di kepalanya ada mahkota. Ia memakai sebuah jubah yang indah dan sedang berjalan-jalan di taman syurga.
“Bagaimana keadaanmu Simeon?” tanya Hasan kepadanya.
“Mengapa engkau bertanya padahal kau menyaksikan sendiri? Allah Yang Maha Besar dengan kemurahan-Nya telah menghampirkan diriku kepada-Nya dan telah memperlihatkan wajah-Nya kepadaku. Pemberian yang dilimpahkan-Nya kepadaku melebihi segala-galanya. Engkau telah memberiku surat jaminan, terimalah kembali surat jaminan ini kerana aku tidak memerlukannya lagi,” jawab Simeon.
Ketika Hasan terbangun ia mendapati surat jaminan itu telah berada di tangannya. Hasan berseru; “Ya Allah, aku menyedari bahawa segala sesuatu yang Engkau lakukan adalah tanpa sebab kecuali kerana kemurahan-Mu semata. Siapakah yang akan tersesat di pintu-Mu? Engkau telah mengizinkan seseorang yang telah menyembah api selama tujuh puluh tahun lamanya menghampiri-Mu, semata-mata kerana sebuah ucapan. Betapa Engkau akan menolak seseorang yang telah beriman selama tujuh puluh tahun?”
Semoga kita mohon petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t dan mohon keberkatan dariNya.
Wassalam.

Kisah Para Wali - Ibrahim bin Adham



Kisah Para Wali
Episod dari Tazkirat Al-Auliya
“Orang yang cinta Allah itu hilang, dalam melihat Allah hingga lenyap dirinya, dan dia tidak boleh membezakan yang mana penderitaan dan yang mana kesenangan.”
Diambil dari buku yang ditulis oleh Farid Al-Din Attar
Ibrahim bin Adham (Bahagian 1)
Abu Ishak Ibrahim bin Adham, lahir di Balkh dari keluarga bangsawan Arab di dalam sejarah sufi disebutkan sebagai seorang raja yang meninggalkan kerajaannya – sama dengan kisah Gautama Buddha – lalu mengembara ke arah Barat untuk menjalani hidup bersendirian yang sempurna sambil mencari nafkah melalui kerja kasar yang halal hingga ia meninggal dunia di negeria Persia kira-kira tahun 165H/782M. Beberapa sumber mengatakan bahawa Ibrahim terbunuh ketika mengikuti angkatan laut yang menyerang Bizantium. Taubatnya Ibrahim merupakan sebuat kisah yang unik dalam kehidupan kaum muslimin.
Kisah mengenai diri Ibrahim bin Adham
Ibrahim bin Adham adalah Raja Balkh dan memiliki daerah kekuasannya yang sangat luas. Ke mana pun ia pergi, empat puluh buah pedang emas dan empat puluh buat tongkat kebesaran emas diusing di depan dan di belakangnya. Pada suatu malam ketika ia tertidur di bilik istananya, atas bilik itu berderak-derik seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”
“Sahabatmu. Untaku hilang dan aku sedang mencarinya di atas atap ini,” terdengar sebuah sahutan.
“Bodoh, engkau handak mencari unta di atas atap?” seru Ibrahim.
“Wahai manusia yang lalai,” suara itu menjawab. “Apakah engkau hendak mencari Allah dengan berpakaian sutera dan tidur di atas katil emas?” suara itu menjawab.
Kata-kata itu sangat mengecutkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya. Ketika hari telah siang, Ibrahim pergi ke ruang tamu dan duduk di atas singgahsananya sambil berfikir-fikir, risau dan merasa amat bimbang. Para menteri berdiri di tempat masing-masing dan hamba-hamba telah berbaris sesuai dengan tingkatan mereka. Kemudian dimulakan pertemuan terbuka.
Tiba-tiba seorang lelaki berwajah menakutkan masuk ke dalam ruang tamu itu. Wajahnya begitu menyeramkan sehingga tidak seorang pun di antara anggota-anggota mahupun hamba-hamba istana yang berani menanyakan namanya. Semua lidah menjadi kelu. Dengan tenang lelaki tersebut melangkah ke depan singgahsana.
“Apakah yang engkau inginkan?” tanya Ibrahim.
“Aku baru sahaja sampai ke tempat persinggahan ini,” jawab lelaki itu.
“Ini bukan tempat persinggahan para kafilah. Ini adalah istanaku. Engkau sudah gila!” Ibrahim mengherdiknya.
“Siapakah pemilik istana ini sebelum engkau?” tanya lelaki itu.
“Ayahku!” jawab Ibrahim.
“Dan sebelum ayahmu?”
“Datukku!”
“Dan sebelum datukmu?”
“Ayah dari datukku!”
“Dan sebelum dia?”
“Datuk dari datukku!”
“Ke manakah mereka sekarang ini?” tanya lelaki itu.
“Mereka telah tiada. Mereka telah mati,” jawab Ibrahim.
“Jika demikian, bukankah ini tempat persinggahan yang dimasuki oleh seseorang dan ditinggalkan oleh yang lainnya?”
Setelah berkata demikian lelaki itu hilang. Sesungguhnya ia adalah Nabi Khidir as. Kegelisahan dan kerisauan hati Ibrahim semakin menjadi-jadi. Ia dihantui oleh bayang-bayangnya sendiri dan terdengar suara-suara di malam hari; kedua-duanya sama merisaukan. Akhirnya kerana tidak tahan lagi, pada suatu hari Ibrahim berkata: “Siapkan kudaku! Aku hendak pergi berburu. Aku tidak tahu apakah yang telah terjadi terhadap diriku sejak kebelakangan ini. Ya Allah, bilakah semua ini akan berakhir?”
Setelah kudanya disiapkan lalu ia berangkat pergi memburu. Kuda itu dipacunya melalui padang pasir, seolah-olah ia tidak sedar akan segala perbuatannya. Dalam kerisauan itu ia terpisah dari rombongannya. Tiba-tiba terdengar olehnya sebuah seruan: “Bangunlah!”
Ibrahim pura-pura tidak mendengar seruan itu. Ia terus memacu kudanya. Untuk kali keduanya suara itu berseru kepadanya, namun Ibrahim tetap tidak mempedulikannya. Ketika suara itu berseru untuk kali ketiganya, Ibrahim semakin memacu kudanya. Akhirnya untuk kali keempat, suara itu berseru: “Bangunlah sebelum engkau kupukul!”
Ibrahim tidak dapat mengendalikan dirinya. Di saat itu terlihat olehnya seekor rusa. Ibrahim hendak memburu rusa itu tetapi tiba-tiba binatang itu berkata kepadanya: “Aku disuruh untuk memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Untuk inikah engkau diciptakan atau inikah yang diperintahkan kepadamu?”
“Tuhan, apakah yang menghalang diriku ini?” seru Ibrahim. Ia memalingkan wajahnya dari rusa tersebut. Tetapi dari tali pelana kudanya terdengar suara yang menyerukan kata-kata yang serupa, Ibrahim kebingungan dan ketakutan. Seruan itu semakin jelas kerana Allah Yang Maha Berkuasa mahu menunaikan janji-Nya. Kemudian suara yang serupa berseru lagi dari bajunya. Akhirnya sempurnalah seruan Allah itu dan pintu syurga terbuka bagi Ibrahim. Keyakinan yang teguh telah tertanam di dalam dadanya. Ibrahim turun dari tunggangannya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air matanya. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah.
Ketika Ibrahim menyimpang dari jalan raya, ia melihat seorang gembala yang memakai pakaian dan topi dibuat dari bulu kambing biri-biri. Pengembala itu sedang menggembalakan sekumpulan binatang. Setelah diamatinya ternyata si pengembala itu adalah hambanya yang sedang menggembalakan biri-biri kepunyaannya. Kepada pengembala itu Ibrahim menyerahkan pakaian yang bersulam emas, topinya yang bertatahkan batu permata dan biri-biri tersebut, sedang dari pengembala itu Ibrahim meminta pakaian dan topi dari bulu biri-biri yang sedang dipakainya. Ibrahim lalu memakai pakaian dan topi bulu milik pengembala itu dan semua malaikat menyaksikan perbuatannya itu dengan penuh kekaguman.
“Betapa megah kerajaan yang diterima putera Adam ini,” malaikat-malaikat itu berkata. “Ia telah mencampakkan pakaian keduniaan yang kotor lalu menggantikannya dengan jubah kepapaan yang megah.”
Dengan berjalan kaki, Ibrahim bermusafir melalui gunung-ganang dan padang pasir yang luas sambil menyesali segala dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya ia sampai di Merv. Di sini Ibrahim melihat seorang lelaki terjatuh dari sebuah jambatan. Pasti ia akan mati dihanyutkan oleh air sungai.
“Dari jauh Ibrahim berseru: “Ya Allah, selamatkanlah dia!”
Seketika itu juga tubuh lelaki itu berhenti di awang-awangan sehingga orang lain tiba dan menariknya ke atas. Dan dengan merasa hairan mereka memandang Ibrahim: “Manusia apakah itu?” seru mereka.
Ibrahim meninggalkan tempat itu dan terus berjalan sampai ke Nishapur. Di kota Nishapur Ibrahim mencari sebuah tempat terpencil di mana ia dapat tekun mengabdikan diri kepada Allah. Akhirnya bertemulah ia dengan sebuah gua  yang akan menjadi amat terkenal. Di dalam gua itulah Ibrahim menyendiri selama sembilan tahun, tiga tahun pada setiap ruang yang terdapat di dalamnya. Tidak seorang pun yang tahu apakah yang telah dilakukannya baik siang mahupun malam di dalam gua itu, kerana hanya seorang manusia yang luar biasa gagahnya yang sanggup bersendirian di dalam gua itu pada malam hari.
Setiap hari Khamis, Ibrahim memanjat keluar dari gua tersebut untuk mencari kayu api. Keesokan paginya ia pergi ke Nishapur untuk menjual kayu-kayu itu. Setelah melakukan solat Jumaat ia pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuhnya diberikan kepada pengemis dan separuhnya lagi untuk membuka puasanya. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.
Pada suatu malam di musim salji, Ibrahim sedang berada di tempat beribadah. Malam itu udara sangat dingin dan untuk bersuci Ibrahim harus memecahkan ais. Sepanjang malam badannya menggigil namun ia tetap mengerjakan solat dan berdoa hingga fajar menyinsing. Ia hampir mati kediginan. Tiba-tiba ia teringat pada api. Di atas tanah dilihatnya ada sebuah kain bulu. Dengan kain bulu itu sebagai selimut ia pun tertidur. Setelah hari terang benderang barulah ia terjaga dan badannya terasa hangat. Tetapi ia segera sedar bahawa yang disangkanya sebagai kain bulu itu  adalah seekor naga dengan biji mata berwarna merah darah. Ibrahim berdoa: “Ya Allah, Engkau telah mengirimkan mahkluk ini dalam bentuk yang halus, tetapi sekarang terlihatlah bentuk sebenarnya yang sangat mengerikan. Aku tidak kuat menyaksikannya.”
Naga itu segera bergerak dan meninggalkan tempat itu setelah dua atau tiga kali bersujud di depan Ibrahim.
Ibrahim bin Adham pergi ke Makkah
Ketika kemasyhuran kealimannya tersebar luas, Ibrahim meninggalkan gua tersebut dan pergi ke Makkah. Di tengah perjalanan, Ibrahim berjumpa dengan tokoh besar agama yang mengajarkan kepadanya Nama Yang Teragung dari Allah dan setelah itu pergi meninggalkannya. Dengan Nama Yang Teragung itu Ibrahim menyeru Allah dan sesaat kemudiaan nampaklah olehnya Nabi Khidir as.
“Ibrahim,” kata Nabi Khidir kepadanya.  “Saudaraku Daud yang mengajarkan kepadamu Nama Yang Teragung itu.”
Kemudian mereka berbincang-bincang mengenai berbagai masalah. Dengan izin Allah swt Nabi Khidir adalah manusia pertama yang telah menyelamatkan Ibrahim.
Mengenai kisah selanjutnya, perjalanannya menuju ke Makkah Ibrahim menceritakan seperti berikut ini: “Setibanya di Zatul Iraq, kudapati seramai tujuh puluh orang yang berjubah kain perca bergelimpangan mati dan darah mengalir dari hidung dan telinga mereka. Aku berjalan di sekitar mayat-mayat tersebut, ternyata salah seorang di antaranya masih hidup.”
“Anak muda, apakah yang telah terjadi?” Aku bertanya kepadanya.
“Wahai anak adam,” jawabnya padaku. “Duduklah berhampiran air dan tempat solat, janganlah menjauhinya agar engkau tidak dihukum, tetapi jangan pula terlalu dekat agar engkau tidak celaka. Tidak seorang manusia pun bersikap terlampau berani di depan sultan. Takutilah Sahabat yang memukul dan memerangi para penziarah ke tanah suci seakan-akan mereka itu orang-orang kafir Yunani. Kami ini adalah rombongan sufi yang menembus padang pasir dengan berharap Allah dan berjanji tidak akan mengucapkan sepatah katapun di dalam perjalanan, tidak akan memikirkan apa pun kecuali Allah, sentiasa membayangkan Allah ketika berjalan mahupun istirehat, dan tidak peduli kepada segala sesuatu kecuali kepada-Nya.”
Setelah kami mengharungi padang pasir dan sampai ke tempat di mana para penziarah harus mengenakan jubah putih, Khidir as datang menghampiri kami. Kami mengucapkan salam kepadanya dan Khidir membalas salam kami. Kami sangat gembira dan berkata: “Alhamdulillah, sesungguhnya perjalanan kita telah diredhai Allah, dan yang mencari telah mendapatkan yang dicari, kerana bukankah orang soleh sendiri telah datang untuk menyambut kita.” Tetapi saat itu juga berserulah sebuah suara dalam diri kami: “Kamu pendusta dan berpura-pura! Begitulah kata-kata dan janji kamu dahulu? Kamu lupa kepada-Ku dan memuliakan yang lain. Binasalah kamu! Aku tidak akan membuat perdamaian dengan kamu sebelum nyawa kamu Kucabut sebagai pembalasan dan sebelum darah kamu Kutumpahkan dengan pedang kemurkaan! Manusia-manusia yang engkau saksikan bergelimpangan di sini, semuanya adalah korban dari pembalasan itu. Wahai Ibrahim, berhati-hatilah engkau! Engkau pun mempunyai cita-cita yang sama. Berhati-hatilah atau pergilah jauh-jauh dari situ.?
Aku sangat takut mendengar kisah itu. Aku bertanya kepadanya: “Tetapi mengapakah engkau tidak turut dibinasakan?”
Kepadaku dikatakan: “Sahabat-sahabatmu telah matang sedang engkau masih mentah. Biarlah engkau hidup sesaat lagi dan akan menjadi matang. Setelah matang engkau pun akan menyusul mereka.”
Setelah berkata demikian ia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibrahim tiba di Makkah
Empat belas tahun lamanya Ibrahim mengharungi padang pasir dan selama itu pula ia selalu berdoa dan merendahkan diri kepada Allah. Ketika hampir sampai ke kota Makkah, para sesepuh kota hendak menyambutnya.Ibrahim mendahului rombongannya agar tidak seorang pun dapat menyenali dirinya. Hamba-hamba yang mendahului para sesepuh tanah suci itu melihat Ibrahim, tetapi kerana belum pernah bertemu dengannya, mereka tidak mengenalinya. Setelah Ibrahim begitu dekat, para sesepuh itu berseru:” Ibrahim bin Adham hampir sampai. Para sesepuh tanah suci telah datang menyambutnya.”
“Apakah kamu inginkan dari si bidaah itu?” tanya Ibrahim kepada mereka. Mereka langsung menangkap Ibrahim dan memukulnya.
“Para sesepuh tanah suci sendiri datang menyambut Ibrahim tetapi engkau menyebutnya bidaah?” herdik mereka.
“Ya, aku katakan bahawa dia adalah seorang bidaah,” Ibrahim mengulangi ucapannya.
Ketika mereka meninggalkan dirinya, Ibrahim berkata pada dirinya sendiri: “Engkau pernah menginginkan agar para sesepuh itu datang menyambut kedatanganmu, bukankah telah engkau perolehi beberapa pukulan mereka? Alhamdulillah, telah kusaksikan betapa engkau telah memperoleh apa yang engkau inginkan!”
Ibrahim menetap di kota Makkah. Ia selalu ditemani beberapa orang sahabat dan ia memperolehi nafkah sebagai tukang kayu.