Selasa, 25 Jun 2013

Tiramisu

Tiramisu

191220114978

Bahan-bahan ( utk acuan kcik je dlm 3,4 org mkn )

  • 175g cheese philadelphia(liely pkai cheese anchor,mls nk klua bli cheese)
  • ape2 jnis span kek(liely pkai kek lpis apollo je,sng)
  • 3 bji tlur(asing putih & kuning)
  • 2 gelas gula halus(lau xnk mnis leh krgkn)
  • 1 cwan air kopi pekat(tnpa gula)
  • sedikit serbuk koko

Cara-cara

  1. 191220114977
    Bhn2 seperti pic kt sblah ni..
  2. pukul kuning tlur dgn 1 glas gula,separuh gelas gula pn blh gak..
  3. bila gula dh btul2 hncur msukn cheese,gaul sebati dan ketepikn..
  4. dimangkuk lain pkul putih tlur smpai putih(kmbang),bla dh kmbg msukn 1 atau 1/2 gelas gula sikit2 tau..smpai adunan mnjdi krim(aising).
  5. Kemudian satukn krim putih tlur kdlm adunan kuning tlur td..GAUL smpai sbti..
  6. sediakn acuan sgi empat sama yg bsaiz kcil,alaskn dgn krtas mnyk..pastikn lbih dr acuan spya mdah nk kluakn tiramisu..
  7. celupkn kek lapis apollo dlm pati air kopi dan susun dlm acuan..bila siap susun lapiskn dgn adunan td..
  8. susun lgi dgn kek lapis yg dicelup air kopi dn last skli lpis dgn adunan td..atasnye anda leh hias ltak ape2 yg anda ske,liely pkai serbuk koko je.
  9. bila siap hias smua,msukn dlm pti sejuk slma 1 jam..lme2 pn xpe,sbb dye xkn kras,sdp taw..slmt mncba..(^-^)

Muffin coklat kukus

Muffin coklat kukus

Dsc00753

Bahan-bahan ( 50 biji )

  • 2 cwan minyak masak @ butter cair (lebih sdap kalau guna butter cair, biarkan dia suam dulu)
  • 4 cwan tpung gandum
  • 1 cawan serbuk coklat
  • 4 cawan gula dan 2 cawan air( dmasak brsama dan bg suam2 kuku),
  • 6 biji telur gred A,
  • 1 sudu teh soda bikarbornat
  • 1 ½ sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar susu pekat( kalau nk letak lebih kena kurangkan gula, ikut citarasa sendiri k)

Cara-cara

  1. Mula2 sekali minyak masak@butter cair diputar bersama susu sehingga kembang
  2. selepas itu masukkan air gula dan putar lagi,
  3. masukkan telur yang telah dipukul sedikit demi sedikit dan pukul sampai kembang
  4. akhir sekali masukkan tepung yg telah diayak bersama serbuk coklat, baking powder dan soda.. time masuk tepung ni jgn putar pakai mixer, pakai senduk kayu jer... masuk sedikit demi sedikit... bila dah sebati bolehla masukkan dalam mangkuk kertas..kalau xde pakai loyang pun boleh...kukuslah sehingga masak...
  5. psst: kalau nak bau wangi masukkan daun pandan dlm air kukusan tu...
  6. 1049__pretty_pink_stripes
    kalau guna paper cup jenis mcam ni xpayah pakai loyang sb cup mcam ni dia mmg stabil
  7. Muffin-cup-assorted-gold-small
    kalau guna cup yg camni of course la kena masuk dlm loyang..tpi fieza slalu guna bekas aluminium yang satu2 sb kalau loyang yg 4/6/8 tu xmuat nk masuk dlm periuk kukus kt umah tu

iman islam ihsan

IMAN, ISLAM, IHSAN – RUKUN TAQWA
Cara mendapatkan taqwa adalah satu pakej yang terdiri dari tiga perkara. Tiga perkara inilah yang paling penting dan paling asas dari keseluruhan usaha mendapatkan taqwa itu. Kalau tiga perkara ini tidak diperolehi dan tidak dihayati, maka usaha yang lain itu tidak ada erti apa-apa. Kalau dibuat pun sia-sia belaka. Tiga perkara dalam pakej itu yang dinamakan rukun taqwa adalah:

1.           Iman

2.           Islam

3.           Ihsan

Kita biasa dengar tentang Iman sampai sudah lali. Kita biasa dengar tentang Islam sampai sudah lali. Kita pun sebut Ihsan sampai sudah lali. Tetapi kita tidak pernah tahu ketiga-tiga itu adalah rukun taqwa. Ketiga-tiga perkara di atas yang dijadikan satu pakej dinamakan rukun taqwa. Kalau rukun tidak ada kita tidak dapat tegakkan taqwa. Ibarat rumah, kalau tiang tidak ada, kita tidak boleh tegakkan rumah. Selama ini kita tidak pernah belajar atau diajar tentang rukun taqwa ini. Ia adalah asas, tapak atau benih taqwa. Memang itu salah kita. Kita belajar pun tidak pernah habis. Belajar sedikit, pindah. Belajar sedikit, tinggal.

Kalau hendak dikupaskan lagi, ketiga-tiga istilah ini bolehlah dikaitkan dengan Tauhid, Syariat dan Tasawuf. Iman itu Tauhid. Islam itu Syariat dan Ihsan itu Tasawuf.

Setiap perkara dalam ajaran Islam itu ada rukun dan ada syaratnya. Ada sah dan ada batalnya. Sembahyang misalnya, ada rukun, ada syarat, ada sah dan ada batalnya. Begitu juga dengan puasa dan haji, ada syarat, rukun, sah dan batalnya. Dengan taqwa tentulah lebih-lebih lagi kerana ia lebih besar dari sembahyang, lebih besar dari puasa dan lebih besar dari haji. Tentu ada rukun, syarat, sah dan batalnya. Orang tidak pernah ceritakan hal ini. Iman, Islam dan Ihsan adalah rukun taqwa. Rukun itu ertinya tiang. Kalau tidak ada tiang ertinya taqwa tidak boleh dibangunkan.

Iman ada pakejnya. Islam ada pakejnya. Begitu juga Ihsan ada pakejnya. Contohnya, Islam itu yang asasnya ialah rukun Islam. Yang tambahannya banyak seperti sembahyang sunat, puasa sunat, berjuang dan lain-lain. Itu semua syariat. Ga-bungan semua itu, barulah jadi rukun kepada taqwa.

RUKUN DALAM RUKUN

Walaupun rukun taqwa itu ialah Iman, Islam dan Ihsan tetapi dalam rukun taqwa itu ada pula rukun-rukun tambahan yang lain. Ia rukun di dalam rukun. Rukun di dalam rukun ini diperjelaskan seperti berikut:

1. Iman

Iman di sini ialah apa yang diterangkan di dalam rukun iman yang enam iaitu percaya akan Allah, malaikat-Nya, kitab-Nya, Rasul-Nya, hari Akhirat dan qada’ dan qadar. Dalam rukun iman yang enam ini pula, ada empat perkara yang menjadi rukun iaitu rukun dalam rukun. Dalam hendak membangunkan iman di atas enam rukun iman itu, ada empat rukun lagi iaitu:

i. Ilmu

Keenam-enam rukun iman itu tidak boleh dibangunkan kalau tidak ada ilmu. Kalau kita sekadar percaya tetapi tidak berdasarkan ilmu, tiang pada iman sudah runtuh. Rukun pada rukun iman itu sudah tidak ada. Membangunkan iman mesti atas dasar ilmu supaya kefahaman kita terhadap enam rukun iman itu betul dan tepat.

ii. Faham

Ilmu itu pula mesti difahami yakni ia tidak boleh terhenti di akal. Ia mesti diserapkan ke dalam hati. Memahami itu adalah dengan akal dan hati.

iii. Yakin

Selepas ilmu tentang enam rukun iman itu jelas dan di-fahami, kita kena yakin dengannya. Keyakinan ini tidak boleh dicelahi oleh syak, zan atau waham. Keyakinanlah yang akan mendorong kita menghayatinya. Namun hendak yakin dengan Tuhan dan lain-lain perkara dalam rukun iman berdasarkan ilmu bukan senang.

iv. Penghayatan

Hendak menghayati inilah yang susah. Menghayati itu maksudnya merasa bertuhan. Merasakan Tuhan ada peranan dalam hidup kita. Merasa hebat, cinta dan takut dengan Tuhan. Merasakan Tuhan sentiasa melihat, mengetahui dan mengawasi kita. Begitu juga penghayatan tentang rukunrukun iman yang lain.

Jadi ada empat perkara dalam satu pakej yang menjadi rukun kepada rukun iman yang enam. Yakni berlaku atau tidaknya rukun iman yang enam itu ditentukan oleh empat tiangnya iaitu ilmu, faham, yakin dan penghayatan. Di sini, tidak ada satu perkara pun yang bersifat lahiriah. Kesemuanya bersifat maknawiyah.

Rukun iman itu bukan percaya begitu sahaja. Kita mesti yakin. Mungkin percaya atas dasar ilmu, mudah. Tetapi untuk yakin, itu susah. Ia perlu kepada kefahaman. Untuk menghayati lebih-lebih lagi susah.

Contohnya ada disebut dalam Al Quran dan Hadis: Maksudnya: “Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya.”

Tuhan berkata lagi: Maksudnya: “Barangsiapa pemurah, dia tidak akan papa bahkan Tuhan akan pemurah dengannya. Tuhan akan lepaskan dia dari masalah dan diberi rezeki dari sumber Allah.”

Walaupun ini kita percaya tetapi dalam realiti hidup, san-daran kita bukan pada Tuhan. Itu yang susah. Kita percaya sumber rezeki kita dari Tuhan tetapi sandaran kita pada duit. Kita percaya tetapi sandaran kita pada kerja. Kita rasa kalau tidak ada kerja, kita tidak boleh makan. Kita percaya Tuhan memberi rezeki tetapi sandaran kita dengan ilmu. Kita percaya dengan Tuhan tetapi kita rasa kalau tidak bersandar dengan menteri atau kuasa politik, kita tidak boleh berniaga, tidak boleh makan. Susah hendak yakin. Percaya, memanglah percaya tetapi hendak yakin, susah. Sedangkan iman itu satu pakej iaitu ilmu, faham, yakin dan penghayatan. Kalau tidak cukup pakejnya, cacatlah iman. Kalau besar cacatnya, jadi kafir. Kalau kafir, sembahyang dan puasa pun tidak berguna. Kekal dalam Neraka. Kalau dosa kecil ia menjadi besar sebab ia bersangkut dengan akidah. Iman itu perlu ada ilmu, faham, yakin dan dihayati, baru sempurna.

2. Islam

Islam merangkumi lima rukun Islam yang kita semua sudah pelajari di masjid dan di surau. Ia adalah mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang, puasa, zakat dan haji. Seperti juga iman, cara untuk membangunkan lima rukun Islam ini ada rukunnya pula sebagai tiangnya. Kalau tidak ada rukunnya atau tiangnya, bagaimana kita hendak bangunkan rukun Islam. Ada lima perkara dalam satu pakej yang menjadi rukun kepada tertegaknya rukun Islam itu iaitu:

i. Ilmu

Syahadah umpamanya takkanlah cukup dengan mengu-capkan kalimah sahaja dengan tidak ada ilmunya dan tidak tahu tuntutan-tuntutannya. Terjemahannya sahaja tidak cukup. Begitu juga sembahyang. Mesti juga berdasarkan ilmu. Jadi rukun Islam itu mesti berdasarkan ilmu. Amalan tanpa ilmu tertolak.

ii. Faham

Dalam menegakkan rukun Islam, kita mesti faham. Kalau dengan ilmu sahaja, mungkin kita boleh buat yang lahirnya tetapi batinnya rosak. Faham perlu untuk menjaga batin atau roh ibadah.

iii. Yakin

Yakin menjadi syarat. Kita kena yakin dengan ilmu kita dan ibadah kita itu. Ia perintah Tuhan. Bukan suka-suka dan bukan sekadar hobi.

iv. Perlaksanaan (Amalan)

Semua rukun Islam itu mestilah dilaksanakan dan diamalkan mengikut ilmunya. Di sini baru ada perkara yang lahiriah.

v. Penghayatan (Rasa)

Dalam melaksanakan rukun Islam, ia perlu dihayati supaya bukan lahir saja yang berbuat. Hati mesti ikut sama. Sembahyang contohnya mesti ada penghayatan.

Rupanya, dalam rukun Islam ada lima lagi rukunnya dalam satu pakej. Empat berbentuk dalaman atau batiniah dan satu berbentuk lahiriah.

Ada ilmu, faham, yakin dan laksanakan (amalkan), itu mudah tetapi untuk menghayati adalah payah. Apa maksud hayati? Menghayati itu adalah merasa. Contohnya sembahyang. Antara rukunnya ialah membaca Fatehah. Katalah kita ada ilmu tentang surah Al Fatehah. Kita faham tajwid, faham makna dan faham maksudnya. Kita pun baca. Kita boleh baca tetapi belum tentu kita boleh merasa. Kita baca, cantiklah tajwidnya, faham pula makna dan maksudnya, tetapi sudah bolehkah kita rasa?

Dalam sembahyang didapati ramai orang boleh baca tetapi tidak boleh merasa. Doa qunut contohnya, boleh dibaca dan mungkin tahu maksud bacaan itu, tetapi tidak boleh dirasa. Kalau tidak boleh dirasa maka tidak ada kesannya. Ia tidak sampai ke hati. Padahal kalau kita dapat rasa, baru ia tertuju kepada akal dan roh. Sebab itu seorang yang boleh merasa, dia tidak buat amalan sunat pun tidak apa. Amalan wajibnya pun sudah cukup berkesan. Ada Sahabat Rasulullah yang tidak buat ibadah sunat tetapi Rasulullah kata dia ahli Syurga. Ibadahnya berkesan, walaupun dia buat yang wajib-wajib sahaja. Dalam rukun Islam ini, kita kenalah ada ilmu, faham, yakin, amal dan hayati (rasa).

3. Ihsan

Kalau diterjemah secara bahasa atau secara lughah, Ihsan maksudnya berbuat baik. Tetapi Ihsan yang bersifat rohaniah atau hati lain maksudnya. Ihsan ditakrifkan oleh Rasulullah SAW begini:

“Hendaklah kamu sembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Memang kamu tidak boleh melihat Tuhan tetapi hendaklah kamu sedar dan rasakan di dalam hati kamu, bahawa Tuhan melihat kamu.” (Riwayat Muslim)

Ihsan itu ialah apabila roh dan akal sedar bahawa Tuhan sedang melihat. Rasa Tuhan melihat, mendengar, mengetahui dan rasa Tuhan berkuasa mentadbir diri kita. Ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan ketika kita laksanakan perintah dan suruhan Tuhan. Itu sangat sulit kalau jiwa tidak hidup yakni kalau rasa bertuhan tidak ada. Rasa bertuhan itu bukan di waktu beribadah sahaja. Waktu tidur dan berehat pun, rasa bertuhan itu patut ada. Bagaimana? Bayangkan, kalaulah ada seekor harimau di depan kita, bolehkah kita lupakan harimau itu seolaholah ia tidak ada dan tidak wujud? Kalau ada harimau di depan kita, bolehkah kita makan dan minum serta melupakan harimau itu begitu sahaja? Bukan sahaja hendak lupakan harimau, hendak makan pun kita tidak lalu. Tidak tentu arah kita dibuatnya. Harimau tidak sehebat mana. Tuhan maha hebat. Nasib kita di dunia dan di Akhirat adalah di tangan-Nya. Kalau Dia kata mati, matilah kita. Kalau Dia kata miskin, akan miskinlah kita. Jadi, bagaimana kita hendak lupakan Tuhan. Itulah Ihsan. Yakni, waktu ibadah fardhu dan sunat atau di luar ibadah, terasa Tuhan melihat dan memerhati. Terasa bahawa Dia yang berkuasa di atas diri kita dan serba salah dan tidak tentu arah kita dibuatnya.

Ihsan ini sangat susah untuk diamalkan. Ia ada di dalam ibadah dan ada di luar ibadah. Waktu puasa ada Ihsan, di luar puasa pun ada Ihsan. Waktu sembahyang ada Ihsan, di luar sembahyang pun ada Ihsan. Begitu juga waktu haji. Di dalam dan di luar haji ada Ihsan. Ertinya rasa bertuhan tidak boleh hilang. Rasa bahawa Tuhan itu berkuasa tidak boleh hilang. Rasa Tuhan itu melihat, mengetahui dan berkehendak tidak boleh hilang. Inilah yang dimaksudkan oleh sepotong ayat Al Quran: Maksudnya: “Orang yang mengingati, terkenang-kenangkan Allah di waktu berdiri, duduk dan ketika ber-baring.” (Ali Imran: 191)

Ertinya, bukan sahaja di dalam ibadah malahan di luar ibadah, sewaktu sedang bekerja, sedang membeli belah, sedang berjalan, sedang memasak, semua ingat dan terkenang-kenangkan Allah. Inilah rukun Ihsan. Rukun Ihsan itu satu sahaja iaitu rasa bertuhan, seperti rasa diawasi, rasa dilihat dan rasa Tuhan sentiasa menguasai kita.

IBADAH ITU BERTUJUAN UNTUK MENDIDIK

Ibadah itu sama ada ibadah lahir yang terangkum di dalam syariat, lagilah ibadah batin atau ibadah hati yang terangkum di dalam Tauhid dan Tasawuf, ianya bertujuan untuk mendidik. Ia makanan bagi jiwa. Ia dapat membina dan memberi kekuatan kepada jiwa. Ia boleh menambah taqwa. Supaya ibadah itu dapat mendidik, mesti ada disiplinnya yakni mesti ada ilmunya, difahami, diyakini dan dihayati. Ilmu itu benda mati. Faham itu bila ilmu dapat mencetuskan rasa. Yakin itu bila pegangan kuat dan tidak goyang dan penghayatan itu ialah apabila hati, roh dan jiwa turut sama dalam beribadah.

Ilmunya sudah tentu penting kerana tanpa ilmu, kita tidak akan tahu cara yang sebenar untuk beribadah dan tanpa ilmu, ibadah kita pasti akan tertolak. Tuhan tidak terima ibadah yang dibuat tanpa ilmu.

Faham lebih penting lagi sebab faham itulah hikmahnya. Faham itu ialah ilmu dalam ilmu. Kalau tidak faham, batin atau roh ibadah akan rosak. Yakin perlu supaya hati kita tidak dilanda syak, ragu, zan dan waham yang akan merosakkan ibadah kita.

Kemuncak dari ilmu, faham dan yakin itu adalah pengha-yatan. Penghayatan itu ialah apabila ilmu, faham dan yakin itu betul-betul menjadi roh kita, otak kita, hati kita dan sikap kita. Apabila sesuatu ibadah itu sudah dihayati. Maka ibadah itu akan menjadi sumber didikan, sumber kekuatan jiwa dan akan menambah taqwa.

Solat contohnya, yang merupakan tiang agama dan ibu bagi segala ibadah adalah satu modul didikan dan latihan jiwa yang lengkap. Segala unsur keinsanan terlibat dalam solat termasuk anggota lahir, lidah, akal dan hati. Kalau solat dapat dibuat dengan khusyuk, tawadhuk dan khuduk dan dapat difahami, dihayati dan dijiwai segala apa yang dibaca dan dilafazkan, maka akan timbul rasa bertuhan dan rasa kehambaan di dalam hati kita. Rasa bertuhan adalah rasa Allah sentiasa melihat, mengawasi dan mengetahui tentang diri kita. Rasa Allah Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya dan sebagainya. Rasa kehambaan pula adalah rasa hina, bersalah dan berdosa di sisi Tuhan. Rasa lemah, dhaif dan bergantung harap kepada Tuhan.

Rasa bertuhan akan menyuburkan sifat-sifat mahmudah dalam hati kita. Rasa kehambaan pula akan memusnahkan dan membakar sifat-sifat keji atau mazmumah dari hati kita. Solat yang sempurna dan lengkap lahir batinnya akan menjadikan kita orang yang kuat keyakinan, kuat iman, baik akhlak, berdisiplin, bersih lahir dari maksiat dan kemungkaran, kuat syariat dan bersih jiwa dari sifat-sifat keji dan tercela.

Begitu juga puasa. Kalau dilaksanakan berserta rohnya dan ada penghayatannya, jiwa kita yang jahat dan tenat dapat dipulihkan. Mazmumah dipulihkan kepada mahmudah. Ke-gelisahan dipulihkan kepada ketenangan. Fitrah dapat dikem-balikan semula kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan tenang.

Zakat pula sepatutnya dapat mengungkai sifat-sifat tamak dan bakhil. Zakat, kalau dihayati boleh menyembuhkan penyakit cinta dunia dan mendatangkan rasa belas kasihan dan kasih sayang terhadap fakir miskin.

KENAPA SELAMA INI IBADAH TIDAK MENDIDIK KITA

Sebab pertama ialah kerana selama ini kita diberi ilmu tentang ibadah hanya yang bersangkut-paut dengan hukum-hakamnya sahaja iaitu tentang syarat, rukun, sah dan batalnya sahaja. Oleh itu dalam ibadah, itulah perkara yang kita jaga sangat-sangat dan tidak lebih dari itu. Ilmu lain tentang ibadah termasuk falsafahnya tidak diajar. Kefahaman tidak diajar. Penghayatan tidak diajar. Hasilnya segala ibadah yang kita buat, kalaupun sah dan cukup syarat rukunnya, tetapi tidak dapat dihayati.

Apabila ibadah tidak dihayati, maka rugilah kita kerana ibadah kita itu tidak mendidik kita. Hati kita tidak berubah walaupun kita sudah beribadah berpuluh-puluh tahun lamanya malahan sepanjang hidup kita. Ibadah kita tidak menjadi makanan bagi jiwa. Ia tidak membentuk dan menguatkan jiwa kita. Ia tidak menambahkan taqwa kita. Lebih malang lagi, ibadah kita itu tidak sampai kepada Tuhan.

Ilmu ibadah yang kita belajar selama ini tidak langsung menyentuh soal roh ibadah atau hikmah dalam ibadah. Sebab itu kita lihat, orang yang banyak ibadah dan banyak sembah-yang, ibadah dan sembahyang mereka tidak memberi apa-apa kesan di dalam diri dan hati mereka. Akhlak mereka tidak banyak berubah. Bahkan orang yang banyak ibadah dan sembahyang selalunya menjadi beku, jumud, pasif dan tidak produktif.

Kedua adalah kerana kebanyakan orang tidak ada ilmu dan tidak faham tentang Tuhan. Oleh sebab itu ibadah mereka tidak memberi kesan. Ibadah termasuk sembahyang bukan untuk mengajar atau memahamkan manusia tentang Tuhan. Manusia sepatutnya sudah ada ilmu dan sudah faham tentang Tuhan sebelum mereka beribadah atau sebelum mereka sembahyang. Ibadah dan sembahyang itu hanya untuk mengingatkan dan menyedarkan manusia tentang Tuhan sebab manusia itu sering lupa.

Ibadah dan sembahyang hanya akan memberi kesan kepada orang yang sudah ada ilmu dan faham tentang Tuhan. Orang yang tidak faham Tuhan, ibadah dan sembahyangnya tidak ada erti apa-apa. Dia tidak akan dapat rasa bertuhan dalam ibadahnya kerana dia tidak tahu dan tidak faham Tuhan. Itu sebab sebelum kita bersyariat, Tauhid kena selesai dahulu. Hadis ada menyebut, “Awal-awal agama mengenal Allah.”

CONTOH SEJARAH ORANG-ORANG BERTAQWA

Rasulullah pernah bercerita tentang Sayidina Abu Bakar yang tinggi darjatnya di sisi Allah lebih kurang begini:

Apa yang hebat pada Abu Bakar di sisi Tuhan itu bukan sembahyangnya, bukan puasanya, bukan sedekahnya, bukan jihadnya padahal semua itu hebat belaka. Tetapi yang hebat di sisi Tuhan itu ialah apa yang ada di dalam hatinya.

Walaupun faktor lahir Sayidina Abu Bakar itu begitu hebat sekali tetapi Tuhan tidak pandang itu semua. Tuhan nilai faktor dalamannya. Diceritakan lagi bahawa dalam satu majlis, Rasulullah SAW sedang bercakap kepada para Sahabat, “Tidak lama lagi akan datang ke majlis kita ini seorang ahli Syurga.”

Tidak lama selepas itu, orang itu pun datang lalu memberi salam. Rasulullah SAW pun berkata, “Silakan.”

Itulah orangnya yang Rasulullah SAW sebut bahawa dia ahli Syurga. Rupanya, ada Sahabat yang ambil perhatian. Apakah kelebihan orang ini? Selepas majlis selesai, Sahabat tersebut mengekori orang tadi balik ke rumah tanpa disedarinya. Setelah sampai, dia bertanya, “Bolehkah saya menumpang bermalam di rumah saudara?” Orang tadi berkata, “Ahlan wasahlan, silakan.”

Tujuan Sahabat itu menumpang bermalam adalah untuk melihat apa kelebihan orang itu kerana dalam ramai-ramai Sahabat, yang ini disebut khusus oleh Rasulullah sebagai ahli Syurga. Sahabat yang menumpang bermalam itu tidak tidur tetapi dia memerhati sahaja sampai ke subuh. Dilihatnya tidak ada sesuatu pun yang istimewa. Orang itu sembahyang yang fardhu sahaja. Sunat rawatib pun dia tidak buat. Malam pun dia tidak bangun untuk tahajud. Padahal Sahabat itu sendiri tahajud malam, sembahyang sunat, berwirid, berzikir dan membaca Al Quran. Pening dia memikirkan. Beginikah ibadah ahli Syurga?

Selepas sembahyang Subuh, mereka berbual. Sahabat itu berkata, “Semalam, sebelum saudara datang ke majlis, Rasu-lullah ada menyebut, ‘Sekejap lagi akan datang ke majlis ini seorang ahli Syurga’. Tiba-tiba saudara datang. Jadi, saudaralah orangnya. Tujuan saya minta bermalam di rumah saudara adalah untuk melihat amal ibadah saudara untuk saya tiru. Tetapi saya tengok, semalam tidak ada apa-apa pun. Saudara sembahyang yang fardhu sahaja. Apakah rahsia sebenar saudara boleh menjadi ahli Syurga?”

Orang itu menjawab, “Wahai saudara, dalam hidup ini, saya bukan sahaja tidak ada hasad dengki, fikir untuk berhasad dengki pun tidak.”

Rupanya, faktor dalaman iaitu kebersihan hati itulah yang besar. Orang itu bukan setakat tidak berhasad dengki, niat atau teringat hendak berhasad dengki pun tidak ada.

Ada satu lagi contoh lain yang berlaku di zaman Rasulullah. Pada satu masa, ada seorang Sahabat yang menceritakan kepada Rasulullah SAW, “Saya ada seorang jiran yang kuat ibadahnya. Malam dia bertahajud, siang dia berpuasa sunat. Tetapi perempuan itu ada sedikit cacatnya. Dia sering menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati jirannya.” Rasulullah berkata, “Dia adalah ahli Neraka.”

Kalau dilihat pada lahiriah perempuan itu, memang hebat tetapi itu baru 10%. Dalamnya rosak sebab ada hasad dengki. Walaupun cacatnya satu sahaja tetapi ia besar. Macam orang cantik tetapi dalam badannya ada barah. Apa erti cantik, apa erti hidung mancung dan apa erti kulit putih melepak kalau dalam badan ada barah.

RUMUSAN TENTANG RUKUN TAQWA

Kini baru kita tahu bahawa rukun taqwa itu ialah Iman, Islam, dan Ihsan. Dalam ke tiga-tiga perkara tersebut ada pula rukunrukunnya lagi yang dikatakan rukun dalam rukun. Dalam rukun Iman ada empat rukun, dalam rukun Islam ada lima rukun dan dalam rukun Ihsan ada satu rukun. Kebanyakan rukun-rukun tersebut menyuluh hal dalaman atau batiniah. Hanya satu sahaja yang menyuluh hal luaran atau hal lahiriah (fizikal). Jadi apa yang kita dapat faham dari hakikat ini, taqwa itu sebenarnya adalah 90% sebenarnya faktor dalaman, 10% sahaja faktor luaran. Ertinya Tuhan mesti dihayati. Ibadah mesti dihayati. Tidak cukup ibadah sekadar syarat, rukun, sah dan batal sahaja. Tidak ada makna kalau ibadah itu cukup syarat, rukun dan sah pula pada hukum syarak tetapi tidak dihayati atau dijiwai. Tuhan mesti dihayati supaya lahir rasa kehambaan. Ini yang Tuhan mahu. Inilah jalan mendapat taqwa.

Dalam sembahyang contohnya, tidak munasabah kita sembah Tuhan kalau kita tidak kenal Tuhan dan kita tidak rasa yang Tuhan itu hebat. Apa erti penyembahan kalau kita tidak kenal siapa yang kita sembah. Macam kita kenal harimau. Tidak payah berusaha hendak rasa takut. Automatik kita takut sebab kita kenal harimau. Begitu juga dengan Tuhan. Kalau kita kenal Tuhan, tidak payah berusaha untuk rasa takut. Takut akan datang sendiri. Kita tidak rasa takut sebab kita belum kenal Tuhan. Sembahyang bukan setakat penyembahan fizikal. Ia adalah pergerakan roh, hati dan perasaan.

Oleh itu hendak menjadi orang bertaqwa, faktor dalaman inilah yang paling penting sebab ia merangkumi 90% dari taqwa. Kalau setakat buat yang lahir sahaja walau sebanyak mana sekalipun, ia baru 10% dari taqwa. Contohnya, katalah seorang ahli ibadah yang ibadahnya cukup banyak, segala sembahyang fardhu dan sunat dia buat. Sembahyang sunatnya sahaja ada sunat Isyrak, Dhuha, sunat Wudhuk, sunat Mutlak, sunat Tahiyatul Masjid dan bermacam-macam sembahyang sunat lagi yang ada tiga puluh tiga jenis kesemuanya. Begitu juga dari segi puasa. Puasa Ramadhan dan segala macam puasa sunat dia buat. Begitu juga haji. Segala macam jenis haji dia buat termasuk umrahnya sekali. Ditambah pula dengan membaca Al Quran, wirid dan zikir. Ini semua bukan mudah untuk dilaksanakan. Kita boleh jadi letih dan lesu. Tidak ramai orang mampu buat semua ini.

Namun kalau ada pun orang yang larat dan mampu buat semua itu, ianya baru 10% dari taqwa. Walaupun ditambah dengan berjuang dan berdakwah, tetap ianya 10% juga. Dengan segala amal, usaha dan ibadah lahiriah itu, seseorang itu tidak akan dapat jadi orang yang bertaqwa. Peluang untuk mendapat taqwa hanya 10%. Begitulah orang abid atau ahli ibadah. Walaupun ibadah lahiriahnya banyak dan hebat, rukun dalamannya tidak diambil berat. Rukun dalaman yang mencakupi 90% dari taqwa itu bagaimana? Buat yang 10%, tinggal yang 90%, masakan boleh berjaya.

Di sini jelas dan terbukti bahawa taqwa itu ditentukan oleh faktor dalaman sekadar 90%. Faktor luaran hanya 10%. Kalau orang boleh memperhebatkan dalamannya dan yang luar buat hanya yang wajib sahaja pun sudah cukup. Dengan itu, peluang mendapat taqwa lebih banyak. Tetapi kalau faktor luar hebat, dalaman sedikit sangat, dia tetap dianggap zalim atau fasik. Nerakalah tempatnya kalau tidak diampun Tuhan. Jangan kita tertipu dengan luaran sahaja. Jangan kita tertipu dengan banyak sembahyang, banyak puasa, banyak wirid, banyak baca Quran, banyak berdakwah kerana itu luaran sahaja. Taqwa itu 90% faktor dalaman.

Umat Islam tertipu bila bangga dengan sembahyang, bangga dengan haji, bangga dengan umrah, bangga dengan sedekah, bangga dengan berjuang, bangga dengan berdakwah. Tetapi faktor dalaman tidak pernah dijaga. Mazmumah bersarang di hati. Rasa bertuhan tidak ada, rasa hamba tidak ada, rasa cinta Tuhan tidak ada, rasa Tuhan hebat tidak ada, gerun dengan Tuhan pun tidak ada. Maka yang luar tidak ada nilai apa-apa. Itupun kalau yang luar dapat dibuat semuanya. Kalau dapat buat sikit-sikit dapatlah beberapa peratus. Selalunya kalau faktor luar bukannya kita akan dapat 10% hanya 3% sahaja. Bukannya kita larat hendak buat 33 jenis sembahyang sunat dan ibadah-ibadah sunat yang lain.

Jadi, umat Islam hari ini hancur, pecah belah, haru-biru adalah kerana faktor dalaman tidak selesai. Rukun kepada rukun iman sudah jatuh. Rukun kepada rukun Islam sudah jatuh. Rukun kepada rukun Ihsan sudah jatuh. Akhirnya, rukun Iman, Islam dan Ihsan tidak ada erti apa-apa lagi. Sembahyang banyak mana pun tidak ada apa-apa makna. Hafal rukun iman pun tidak ada peranan apa-apa. Maka tidak pelik kalau perangai tidak berubah. Masih lagi mengata orang, menghina dan marah orang. Sebab memang tidak pernah diajar bahawa faktor dalaman itu penting. Yang dianggap penting selama ini ialah faktor luaran. Dalam Islam, faktor dalaman penting. Tetapi ini tidak pernah diajar. Taqwa itu ditentukan oleh faktor dalaman 90% dan faktor luaran hanya 10%
1.  Beriman Kepada Allah
Dengan Iman kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati hanya semata-mata kerana Allah.  Secara positif kita menuju tauhid yang semurninya dan secara negatif menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.
2.  Beriman Kepada Malaikat
Dengan iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya menurut perintah Allah.  Secara positif kita mempercayai kepada alam ghaib yang diberitakan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan oleh Allah.
3.  Beriman Kepada Kitab
Dengan beriman kepada kita suci kita mempercayai adanya kitab-kitab yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui utusanNya masing-masing bagi memimpin manusia ke jalan yang selamat dan kitab suci ini diakhiri dengan kitab suci al-Quran.
4.  Beriman Kepada Nabi Dan Rasul
Dengan beriman kepada Nabi dan Rasul kita mempercayai adanya manusia polihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberikan petunjuk yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.
5.  Beriman Kepada Hari Kiamat
Dengan iman kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.
6.  Beriman Kepada Qada Dan Qadar
Dengan beriman kepada Qada dan Qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya.

kaedah mengajar jawi



KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
GURU PEMULIHAN JAWI DI MALAYSIA
Akmariah Mamat
kapt_sabry@yahoo.com
Sofiah Ismail
Fakulti Pendidikan Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43000 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
sofiah_ismail@yahoo.com.my
Abstrak

Artikel ini membincangkan tentang masalah penguasaan jawi murid Tahap Satu
di kebanyakan sekolah kebangsaan. Keadaan ini perlu ditangani dengan segera supaya
murid dapat menguasai kemahiran mengenal, mengeja, menulis dan membaca jawi
sebelum memasuki Tahap 2. Meskipun program j-Qaf dilaksanakan tetapi murid yang
berada di kelas pemulihan jawi perlu dibantu. Justeru itu guru perlu melipat gandakan
usaha dan mencari kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid
melepasi tahap pemulihan. Kelemahan murid mengenal huruf hijaiah dan lemah dalam
bacaan jawi akan menjadi faktor penyumbang kepada kegagalan murid membaca Al
Quran. Belajar sambil bermain dilihat sebagai satu kaedah yang sesuai digunapakai di
kelas pemulihan Jawi.

Kata kunci : pemulihan Jawi, pengajaran & pembelajaran

Pengenalan

Tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam usaha mengangkat martabat Bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu Alam Melayu sejak kedatangan Islam di alam ini pada abad
ke 13. Hamzah Fansuri, Nuruddin al Raniri adalah tokoh ilmuan tempatan yang lahir
pada zaman kegemilangan Islam pada abad ke 17 dan 18. Mereka telah menghasilkan
karya mereka menggunakan tulisan Jawi.

Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Pendidikan Islam diajar secara non
formal, iaitu dengan belajar di rumah guru, pondok dan madarasah. Sistem persekolahan
formal mula diperkenalkan setelah negara mencapai kemerdekaan dengan menjadikan
Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar beragama Islam
(Pusat Perkembangan Kurikulum,1991). Buku teks yang digunakan sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi dan ada yang ditulis dengan
Bahasa Arab ( Abdullah Ali Hassan,1980;Abdullah Jusoh,1990).

Tulisan Jawi ialah hasil pengubahsuaian dan penambahan huruf-huruf hijaiah
untuk disesuaikan dengan pertuturan penduduka tempatan. Ubahsuai ini bertujuan
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Syed Naquib al Attas (1990)
menyatakan huruf Ga ( ك ) diperkenalkan berasaskan huruf Kaf ( ك), huruf Jim ( ( ج
serta Cha ( ج )berasaskan bunyi huruf Ta ( ت ) dan Jim ( ج ). Kang Kyoung Seouk
(1990) berpendapat tulisan jawi merupakan medium asas yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari
ini terutama dalam pembelajaran Al Quran. . Pelajar dilengkapkan dengan kemahiran
mengeja , menulis dan membaca sebagai matlamat Pelajaran Jawi bagi membolehkan
pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam.


Kaedah, Konsep dan Strategi menurut Sarjana Islam

Menurut Kamus Dewan (2007) perkataan strategi dihuraikan sebagai rancangan yang
teratur untuk mencapai matlamat atau kejayan. Strategi juga bererti kebijaksanaan dalam
mengurus sesuatu perkara. Perkataan strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti
sering digunakan adalah merujuk kepada istilah yang sama. Kelima-lima perkataan ini
mempunyai ciri-ciri persamaan dan saling melengkapi namundalam konteks pendidikan
pengertian di antaranya berbeza.

Kajian Ab. Halim (2003) terdapat pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang
dikemukakan oleh pakar pendidikan untuk dijadikan panduan oleh guru. Rashidi dan
Abd. Razak (1995) membahagikan kaedah pengajaran kepada beberapa bahagian, iaitu
kaedah pengajaran mendengar-bertutur, kaedah membaca –menulis, kaedah memerhati
dan membuat. Guru sentiasa perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah yang bersesuaian
dengan masa yang diperuntukkan dan juga tahap pengetahuan sedia ada pelajar.

Kepentingan membentuk insan beriman dan bertakwa seperti ini menjadikan
guru-guru agama sangat perlu menguasai penggunaan kaedah pengajaran agar dapat
menyampaikan setiap ilmu agama dengan sempurna dan lebih baik. Selain itu, kaedah
pengajaran juga dapat memudahkan pelajar menerima setiap ilmu yang diberikan
terutamanya dalam aspek penghayatan.

Menurut al-Syaibani dalam Ismail Ab. Rahman (1992:165) menyatakan kaedah
mengajar bermaksud segala segi kegiatan terarah yang dikerjakan oleh guru dalam
rangka tuntutan mata pelajaran yang diajarnya, ciri-ciri perkembangan murid-muridnya
dan suasana alam sekitarnya dengan tujuan menolong murid-murid untuk mencapai
pembelajaran yang diinginkan dan perubahan yang dikehendaki pada tingkahlaku
mereka. Selanjutnya menolong mereka memperolehi maklumat, pengetahuan,
kemahiran, kebiasaan, sikap, minat, dan nilai-nilai yang diinginkan.

Penggunaan kaedah pengajaran dalam pendidikan Islam secara berkesan akan
menampakkan hasil apabila pelajar dapat menerima pengajaran yang disampaikan serta
dapat menggunakan ilmu yang dipelajari. Namun begitu, terdapat juga guru-guru yang
mengajar tidak menitikberatkan penggunaan kaedah yang sesuai dengan pelajar.

Menurut Ibnu Khaldun dalam Ismail Abdul Rahman (1992:112) kami
perhatikan ramai dikalangan guru-guru yang ada pada zaman kami tidak mengetahui
kaedah-kaedah pengajaran dan faedahnya. Diperingkat awal lagi mereka memulakan
dengan masalah-masalah yang susah untuk pelajar memahaminya. Ramai guru yang
merumitkan keadaan semasa proses pengajaran berlaku dan ini boleh menyebabkan
pelajar rasa terbeban dan akhirnya pelajar tidak dapat menerima ilmu yang diajarkan.

Kepentingan Konsep dan Kaedah dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Kesediaan belajar merujuk kepada keadaan dalam diri seseorang yang bersedia
dan berkebolehan untuk memperolehi sesuatu pengalaman baru (Sharifah Alwiah,!985).
Kesediaan perkembangan berkait pula dengan kematangan kognitif yang bergantung
kepada beberapa perubahan intelek yang berperingkat umur. Kementerin pelajaran
malaysia (1990) menyatakan guru boleh menggunakan budi bicara dalam memilih
pelbagai aktiviti.

Guru boleh menggunakan beberapa panduan sebelum mengaplikasikan sesuatu
kaedah pengajaran, antaranya ialah:

1. kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran;
2. kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai;
3. kaedah juga haruslah sesuai dengan tabiat (nature) pelajaran yang diajar;
4. kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar kaedah itu mestilah yang
boleh atau mampu diaplikasi oleh guru;
5. mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan

An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh
memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar,
malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara
ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan
lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai
memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi
yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat
yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang
sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd
Salleh Lebar (2007:78) murid-murid bosan dengan sebahagian guru yang mengajar
sambil lewa dan tidak banyak perubahan dalam teknik pengajaran. Ini bukan sahaja
berlaku pada kelas yang lemah tetapi juga berlaku pada kelas yang bijak.

Latar Belakang Tulisan Jawi

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan
khusus dalam pengajaran Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan fardhu Ain yang dilaksanakan
di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum
serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk
pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuran, penggayaan dan penghayatan pelajar.
Pelajar istimewa dalam pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program
j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahankemudahan
lain.

Definisi Pemulihan

Pemulihan mengikut terjemahan bahasa Arab ialah islah, yang membawa maksud
mendamaikan atau membetulkan. Menurut Kamus Dewan (2007) ialah perbuatan
memulih atau mengembalakikan kepada keadaan semula, pemulangan atau pengembalian
hak, harta benda dan lain-lain. Pemulihan bertujuan untuk membetulkan sesuatu yang
kurang dan berbeza dengan aktiviti biasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Kaedah yang dikenali sebagai pemulihan dilaksanakan khusus untuk pelajar
yang menghadapi kesukaran menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
atau ringkasnya untuk kumpulan yang lambat atau lemah (Sharifah Alwiah, 1983)

Robiah Kulop (1992) menyatakan bahawa Pringle mentakrifkan pemulihan
sebagai pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semuapelajar
yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan
belajar melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan mereka.
Pemulihan juga dikenali sebagai satu program pengajaran khas yang dirangka
bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran di kalangan murid di sekolah biasa. Ini bermakna pemulihan sebagai
tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi kesusahan dari segi pembelajaran dalam
kelas khas di sekolah biasa atau di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan
dalam kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan(Ab.
Halim Tamuri. 2007).

Sang M.S (1998) berpendapat pendidikan pemulihan adalah suatu aktiviti
pengajaran dan pembelajarn untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah
pembelajaran di dalam kelas.

Program j-QAF

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan
khusus dalam pengajaran Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan fardhu Ain yang dilaksanakan
di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum
serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk
pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuran, penggayaan dan penghayatan pelajar.
Pelajar istimewa dalam pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program
j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahankemudahan
lain.

Model Kelas Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan
pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran dua waktu seminggu pada enam bulan
pertama di Tahun Satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan
bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF
menjadi keutamaan khasnya kepada pelajar yang tercicir supaya semua pelajar boleh
menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan. Model Kelas Pemulihan
Jawi ini diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas
Jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran
yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Pemulihan Jawi

Masalah penguasaan Jawi di kalangan pelajar menjadi isu yang hangat diperkatakan.
Menguasai setiap kemahiran mengenal huruf adalah wajib bagi setiap pelajar
terutamanyan mengenal huruf tunggal Jawi.Pelajar yang tidak mengenal huruf tunggal
Jawi akan menyebabkan mereka tertinggal apabila rakan-rakan yang seusia mereka telah
mengikut kemahiran yang lebih tinggi dan semakin susah. Pelajar akan semakin sukar
mengingat kembali apa yang diajardan terkeliru dengan bunyi dan bentuk huruf yang
hampir sama sebutan dan bentuknya. Menurut Muhammad Endut (1990) pelajar yang
tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi akan semakin ketinggalan
dalam Pendidikan Islam apabila alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru ditulis
dalam tulisan Jawi.

Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran asas ; mengenal , mengeja dan
menulis huruf Jawi akan dipulihkan dalam sesi pembelajaran yang berasingan untuk
memudahkan guru mengajar berdasarkan tahap pelajar. Kelas pemulihan Jawi ialah
pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas Pemulihan Jawi j-QAF yang mula
dilaksanakan pada tahun 2003 adalah untuk pelajar yang tercicir . Pelajaran Jawi adalah
salah satu komponen mata pelajaran Pendidikan Islam dengan pendekatan pengajaran
sebanyak dua kali seminggu pada enam bulan pertama bagi Tahap Satu. Kelas ini
dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.

Pelajar yang tercicir ini akan menguasai sekurang-kurangnya kemahiran
mengenal, mengeja dan menulis huruf tunggal jawi, suku kata terbuka dan perkataan
yang dibina apabila dicantumkan dua suku kata terbuka. Pelajar yang dipilih mengikuti
kelas ini adalah pelajar yang tidak melepasi ujian saringan yang dijalankan. Pelajar
yang lemah dalam pelajaran Jawi ini perlu diberi perhatian dan tumpuan yang lebih dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran guru juga sepatutnya diubah agar sesuai dengan
pelajar dan minat pelajar.

Zulkifli Haji Dahalan (2003) menyatakan bahawa pendedahan Pendidikan Islam
kepada setiap individu Muslim perlu bermula sejak kecil lagi. Penekanan Pelajaran Jawi
wajar dilakukan ketika mereka mula mengenal huruf. Pembinaan strategi dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran kelas Pemulihan Jawi amat penting bagi mencapai
matlamat yang telah disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, guru dikehendaki melaksanakan aktiviti pemulihan
bagi pelajar yang lemah untuk membantu mereka menguasai sesuatu kemahiran sebelum
berpindah kepada tajuk atau kemahiran yang baru. Pelajar yang sangat lemah akan
dikumpul dan diletakkan di dalam satu kelas yang berasingan supaya dapat dibimbing
oleh guru pemulihan khas untuk beberapa ketika. Sekiranya pelajar dapat menguasai
atau melepasi tahap kemahiran yang ditetapkan mereka akan di pindahkan ke kelas
mereka yang asal.

Esah Sulaiman (2003) berpendapat guru bertanggungjawab mengenalpasti
pelajar yang lemah dan memerlukan pemulihan melalui beberapa cara:
1. memerhati pelajar belajar;
2. menemubual pelajar berkenaan;
3. menganalisa kerja bertulis pelajar;
4. mengadakan ujian yang dapat membezakan pencapaian pelajar lemah, sederhana
dan cerdas.

Terdapat dua strategi yang boleh dilaksanakan dalam aktiviti pemulihan (Sang
M.S,1998):

1. secara berkumpulan: apabila terdapat sekumpulan kecil pelajar yang mempunyai
masalah pembelajaran yang sama, maka strategi kumpulan paling sesuai digunakan.
Guru perlu merancang dan melakukan aktiviti pemulihan dengan sekumpulan
pelajar yang lemah;
2. secara individu: apabila terdapat sekumpulan kecil pelajar yang mempunyai masalah
pembelajaran yang berlainan, strategi secara individu digunakan. Guru memberi
tumpuan kepada pelajar yang mempunyai masalah tertentu dan selepas itu beralih
kepada pelajar bermasalah yang lain pula. Bimbingan individu dalam kumpulan
dilakukan secara bergilir.
Kebolehan setiap pelajar di dalam kelas adalah berbeza dari segi minat, kebolehan
dan bakat tetapi proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh kebanyakan
guru pada masa kini adalah kaedah secara menyeluruh. Keadaan ini menyebabkan
sebahagian pelajar tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh guru. Maka
hasilnya, pelajar yang tercicir akan ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.
Pelajar yang bermasalah ini memerlukan bantuan individu dan program pemulihan.

Kemahiran Membaca

Antara aktiviti pemulihan yang dapat dilakukan oleh guru di dalam kelas
ialah membaca, menulis dan mengira. Alsagoff (1996) menyatakan kaedah pengajaran
pemulihan membaca terbahagi kepada dua teknik, iaitu:
1. teknik am;
2. teknik khusus.


Teknik Am:

Seorang guru perlu melakukan proses saringan untuk mengenalpasti kelemahan
yang dihadapi oleh pelajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Terdapat lima prinsip asas yang perlu dlaksanakan dalam program pemulihan:
1. Memulakan proses pengajaran mengikut tahap kebolehan pelajar
2. Pencapaian pelajar perlu sentiasa diberitahu
3. Pengajaran dan pembelajaran harus serupa dengan keadaan sebenar.
4. Rasa puas hati pelajar akan mempercepatkan dan memudahkan proses pembelajaran
5. Latihan yang banyak dan pelbagai harus dilakukan kerana pelajar perlu kepada
pengalaman yang baru.

Teknik Khusus
Teknik khusus ini sesuai dijalankan terutama untuk pengajaran pemulihan dalam bidang
kemahiran membaca. Antaranya menambah kadar kepantasan membaca: pelajar yang
sudah pandai membaca, menambah kadar kepantasan membacanya akan menjadi
mudah.
1. Selalu membaca: membaca bahan bacaan yang mudah dan yang menyeronokkan
adalah cara yang paling baik.
2. Penggunaan masa yang terhad: Menghadkan masa membaca akan mempercepatkan
kadar bacaan

Kemahiran Menulis

Aktiviti menulis adalah merupakan salah satu aspek yang penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Jawi. Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis akan
menghadapi masalah dan guru perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti mengenal
dan menulis Jawi Aktiviti ini amat sesuai untuk pelajar kelas pemulihan sekolah rendah
yang masih belum menguasai cara menulis Jawi. Kebanyakan pelajar sekolah rendah
belum dapat menguasai kemahiran mengenal huruf tunggal Jawi. Mereka juga tidak
dapat membezakan bunyi sebutan huruf yang hampir sama. Pelajar juga sering terkeliru
dalam membezakan bentuk huruf yang hampir sama.

Konsep Belajar Sambil Bermain

Permainan adalah suatu aktiviti yang boleh merangsang minat murid untuk belajar.
Permainan berbentuk pertandingan atau perlawanan bersama dengan peraturan tertentu
akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang
seronok.

1. Permainan ”Roda Impian Jawi”
Permainan ini adalah sama seperti rancangan realiti ”Roda Impian” . Murid diminta
memilih satu suku kata atau huruf Jawi dan memusing roda. Penanda yang terdapat
pada roda akan berhenti di salah satu suku kata atau huruf. Pelajar yang memusing roda
diminta menyambung dan mengeja suku kata tersebut menjadi perkataan yang mudah
difahami.

2. Joran Jawi
Guru menyediakan kad huruf tunggal hijaiah atau kad suku kata terbuka berbentuk ikan.
Pelajar akan memancing menggunakan joran dan akan mengeja suku kata. Pelajar yang
dapat mengeja dengan betul akan diberi ganjaran.

3. Pandai Joran
Kad-kad huruf tunggal jawi akan ditampal di atas polisterin secara berselerak. Pelajar
akan memilih dan menyebut suku kata atau huruf berulang kali. Pelajar yang tidak dapat
menguasa kemahiran akan diajar menyebut huruf atau mengeja suku kata terbuka.
Pengelolaan Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah secara
individu, kumpulan dan kelas secara terancang dan teratur di samping mengaitkan
aktiviti dengan akhlak Islam dan nilai-nilai murni.
1. Aktiviti secara Individu
Aktiviti yang dijalankan secara individu memberi peluang kepada murid untuk
berinteraksi secara personal dengan guru dan secara tidak langsung guru dapat
mengetahui kelemahan pelajar.
2. Aktiviti secara Kumpulan
Pembahagian kanak-kanak kepada beberapa kumpulan membolehkan pelajar
berkomunikasi dan bekerjasama. Aktiviti yang berbentuk permainan sangat sesuai
terutama guru mengadakan pertandingan.
3. Aktiviti secara Kelas
Aktiviti ini melibatkan seluruh kelas secara serentak. Guru menggunakan aktiviti ini
untuk menyampaikan maklumat , arahan, penerangan, bercerita, bersoal jawab dan
membuat refleksi sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir. Antara aktiviti
yang sesuai dijalankan ialah nyanyian, bercerita atau kuiz.

Penutup

Guru merupakan orang yang paling kuat mempengaruhi pembelajaran pelajar dan
mereka juga memainkan penting dalam mempersembahkan cara untuk menyampaikan
ilmu pengetahuan. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui penggunaan
bahan bantu mengajar, aktiviti berkumpulan, motivasi dan interaksi akan merangsang
pelajar untuk belajar.
Guru yang bersifat positif akan menerima perubahan sebagai satu cabaran
dalam profesion mereka. Sebaliknya guru yang mempunyai sikap negatif akan terus
menggunakan kaedah pengajaran secara lama kerana ianya telah menjadi kebiasaan
kepada guru tersebut. Dalam pembelajaran Jawi, guru perlu berusaha menggerakkan
dirinya untuk mencapai kualiti kerja. Guru yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha
untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran Jawi dalam bilik darjah dengan
merancang teknik mengajar dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik.
Kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan mengikut keperluan pelajar yang
mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza dalam penguasaan Jawi bertujuan
memudahkan pelajar memahami pengajaran guru dalam suasana gembira dan tanpa
rasa terpaksa.

Program j-QAF yang dilaksanakan pada tahun 2003 merupakan satu langkah
yang amat baik untuk memperbaiki penguasaan Jawi di kalangan pelajar. Sasaran j-QAF
yang bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus
kepada Jawi, Al Quran, bahasa Arab dan Fardhu Ain adalah satu usaha yang baik demi
untuk membentuk keseimbangan spiritual dan jasmani pelajar.

Rujukan

Alsagoff, Sharifah Alwiah. (1984). Teknologi Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur.
Alsagoff, Sharifah Alwiah. (1986). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Heinemann Asia. Kuala
Lumpur.
Alsagoff, Sharifah Alwiah. (1986). Teknologi Pengajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur.
Esah Sulaiman, (2003). Modul Pengajaran Asas Pedagogi. Fakulti Pendidikan. UTM.
Johor
Esah Sulaiman, (2003). Asas Pedagogi. Fakulti Pendidikan UTM. Johor.
Kulop Hamzah, Robiah. (1992). Fungsi dan Masalah –Satu Kajian. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
Lubis, Haji Maimun Aqsha dan Hj. Aspar, Roslan (2005): Kaedah Pengajaran
Pengetahuan Agama Islam di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan ,Vol.30 141- 150
Sang. Mak Song . (1997). Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Kumpulan Budiman.
Kuala Lumpur
Sang. Mak Song . (1997). Pedagogi 3 Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Penggayaan
dan Pendidikan Inklusif Pengajaran. Kumpulan Budiman. Kuala Lumpur.
Tamuri, Ab.Halim dan Jasmi, Kamarul Azmi (2007). Pendidikan Islam: Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Darul Takzim.
Rujukan Lanjut : file.upi.edu/ai.php?dir=Direktori/PROCEEDING/UPI-UPSI/2010/..


Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi di Kalangan Pelajar Tahun 4: Kajian Kes di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding

Bab 1: Pernyataan Masalah

1.1 Pengenalan
Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahan dan dipelihara. Pada satu ketika dulu, tulisan jawi menjadi antara medium bagi penyampaian ilmu di kalangan umat Islam di nusantara. Selain sebagai medium penyampaian ilmu, tulisan jawi juga digunakan bagi menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-undang, politik dan perhubungan antarabangsa.

Antara bukti tulisan jawi digunakan secara meluas di nusantara ialah penemuan surat-surat perjanjian jual beli yang ditulis dalam tulisan jawi, penemuan batu-batu bersurat yang dijumpai di Kedah dan Terengganu, Kanun Undang-Undang Negeri seperti Hukum 44 di Kedah, Majallah Ahkam di Johor dan Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan di Melaka semuanya ditulis dan dibukukan dalam tulisan jawi lama.

Dalam penyebaran ilmu, tidak dinafikan tulisan jawi memainkan peranan yang sangat penting. Pada zaman dahulu kita dapat lihat, ulama’-ulama’ tersohor di rantau alam Melayu menulis kitab semuanya menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi sebagai medium penyampaiannya. Antara penulisan tersebut ialah Matla’ al-Badrain karangan Sheikh Ahmad al-Fathani, Furu’ Masail dan Munyatul Musalli karangan Syeikh Daud al-Fathani, Durr al-Thamin karangan Syeikh Abdullah al-Fathani, Faridatul Fara’id karangan Syeikh Abdussamad al- Palembangi dan Bahrul al-Mazhi karangan Syeikh Idris al-Marbawi.

Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi agak berkurangan. Sebagai bukti, Akhbar Utusan Melayu yang telah diterbitkan sejak sebelum merdeka lagi telah diberhentikan pengeluarannya akibat daripada tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu, tindakan pantas Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menanggung sebahagian besar kos pencetakan akhbar ini menjadikan akhbar ini terus diterbitkan namun bukan lagi sebuah akhbar tetapi hanya dalam bentuk sisipan yang diterbitkan bersama Utusan Malaysia setiap hari Isnin.

Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa tulisan rumi digunakan sebagai medium bagi penyampaian bahasa Melayu dan pada satu ketika Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan jawi semakin hilang daripada masyarakat Melayu di Malaysia.

Namun begitu, tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan mewajibkan pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Selain daripada itu, usaha bekas Perdana Mewnteri yang Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi memperkenalkan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005 seolah memberikan tulisan Jawi nafas baru bagi membugarkan semula kegemilangan tulisan Jawi pada satu ketika dulu.

Selain daripada itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun secara teratur oleh pakar-pakar bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakin tersusun. Wujudnya Kamus Dewan bagi Ejaan Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi usaha jitu kerajaan bagi memartabatkan tulisan jawi. Diharapkan dengan usaha jitu daripada semua pihak dapat mengembalikan semula tulisan jawi sebagai salah satu medium penyampaian ilmu pengetahuan.

Justeru itu, bagi memastikan warisan tulisan jawi ini terkubur, suatu usaha yang bersepadu dan bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tulisan jawi kekal sebagai medium kepada penyampaian ilmu di serata nusantara. Melihat kepada pengalaman semasa sebagai guru, perlu ada kajian yang mendalam berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid sehinggakan menghilangkan minat untuk belajar tulisan jawi.

1.2 Latar belakang Kajian

Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi memastikan bahawa semua murid SKDN menguasai tulisan jawi menjelang 2015 bertepatan dengan misi sekolah, SKDN Cemerlang Menjelang 2015. Kajian ini juga mengambil kira aspek-aspek kelemahan P&P, kesediaan pelajar, motivasi rendah untuk setiap pelajar dan sukatan pelajaran sedia ada.

Kajian ini juga sebagai perintis kepada kajian-kajian yang lebih terperinci dalam bidang pengajaran dan pembelajaran jawi bagi memastikan tulisan jawi terus berkembang subur dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi di kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding dan akan menjadikan SKDN sebagai sekolah sifar buta jawi menjelang 2015.

Selepas selesai kajian tindakan ini, kajian ini akan dipanjangkan ke Sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pelajaran Selangor dan Bahagian PendidIkan Islam di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rujukan dan kajian kes bagi masalah pembelajaran jawi di salah sebuah sekolah di Malaysia.

Semoga kajian ini menjadi titik awal bagi memartabatkan tulisan jawi di peringkat sekolah rendah dan diteruskan diperingkat yang lebih tinggi demi memastikan tulisan jawi terus menjadi pilihan dan perhatian masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia.
1.3 Latarbelakang Permasalahan Kajian

Kajian ini akan memberikan penumpuan kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun empat. Antara sebab tahun 4 dipilih dan dijadikan penanda aras dalam penilaian ini adalah berasaskan beberapa faktor; pertama, adalah kerana tahun 4 empat adalah fasa peralihan daripada tahap satu kepada tahap dua. Sewajarnya murid telah menguasai kedua-dua asas ini sebagai persediaan kepada kemahiran yang seterusnya pada tahap dua.

Kedua, adalah disebabkan tahun 4 adalah tahun pertama di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang menerima program j-QAF di mana program ini membekalkan guru terlatih bersama dengan modul-modul khas terutamanya Modul Pemulihan Jawi. Selain daripada itu, guru-guru ini adalah guru yang dilatih khusus bagi tujuan pemulihan jawi. Justeru, inilah masa yang sesuai menilai keberkesanan program ini dan jika terdapat kelemahan, kelemahan tersebut perlu ditampung mengikut kesesuaian bagi menjamin program ini terlaksana dengan jayanya.

Ketiga, tahap perkembangan fisiologi murid juga berada dalam fasa yang berlainan daripada murid tahun 1 hingga 3. Justeru, kajian ini diperlukan bagi mengkaji bagaimana perubahan fisiologi dan kematangan murid mempengaruhi kemahiran sedia ada.

Kajian ini akan melibatkan semua murid tahun empat SKDN yang berjumlah 115 orang sebagai sampel kajian (soal selidik dan pengumpulan data) dan 7 orang Guru Pendidikan Islam terlatih sebagai responden untuk temubual dan 20 orang murid lemah jawi yang telah dikenalpasti melalui ujian yang dilaksanakan oleh GPI sebagai sampel kepada aktiviti pemulihan jawi.

Kajian ini akan mengumpulkan semua data pelajar tahun empat untuk dianalisis tahap pencapaian sebenar pelajar dalam tulisan jawi. Sumber kepada data-data ini ialah peperiksaan akhir tahun ketika mereka berada di tahun 3, peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun semasa dan penilaian jawi 6 bulan yang termasuk dalam instrument j-QAF. Setelah data ini dikenal pasti murid akan dikelaskan mengikut tahap penguasaan jawi mereka seperti Amat baik, Sederhana dan Lemah. Murid yang lemah akan dijadikan sampel bagi aktiviti pemulihan jawi. Manakala murid yang sederhana akan diberi latih tubi di dalam kelas harian. Guru GPI yang mengajar kelas tersebut akan dimaklumkan tahap murid. Pada akhir tahun akan diadakan penilaian sekali lagi sebagai persediaan kepada kajian tindakan selanjutnya.

1.4.1 Tujuan Kajian

Tujuan kajian yang utama adalah untuk mengenalpasti dan mengumpul data berkaitan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi yang bertujuan untuk memudahkan tindakan susulan dijalankan bagi memastikan SKDN sifar buta jawi menjelang tahun 2015. Antara objektif mikro bagi kajian ini ialah:
1. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid. Latar belakang murid juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian murid. Ini akan memudahkan guru menggunakan pendekatan yang sesuai.

2. Mengenalpasti jumlah murid bagi pengkelasan yang ditetapkan iaitu baik, sederhana dan lemah. Perincian data mengenai tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran adalah perlu bagi memudahkan guru melakukan aktiviti tambah nilai, pengayaan dan pemulihan di dalam dan luar kelas.

3. Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat murid terhadap tulisan jawi.

4. Sebagai instrumen bagi menilai murid keupayaan asas jawi. Murid yang lemah akan diwajibkan menyertai Kem Celik Jawi yang akan diadakan pada akhir bulan 12. Kem ini bertujuan melahirkan pelajar yang mampu menguasai kemahiran asas bagi bacaan dan tulisan jawi.

5. Mengenalpasti tahap bantuan yang diberi oleh ibu bapa dan penjaga terhadap kemahiran menulis dan membaca jawi.
1.4.2 Persoalan Kajian
Kajian ini cuba merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku di kalangan pelajar SKDN. Kajian ini akan cuba melihat kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi daripada beberapa sudut yang berbeza. Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada masyarakat hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Kajian ini dengan menggunakan instrumen yang dibina akan cuba memberikan jawapan terhadap hubungkait yang telah dinyatakan.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas. Diharapkan dengan lahirnya modul tersebut dapat memudahkan pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi dalam masa yang telah ditetapkan.

Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Justeru menggunakan instrument temubual dan soal selidik, kajian ini pada akhirnya cuba menjelaskan kepada warga ibu bapa dan pendidik bagaimana membina minat n kecenderungan lam sesuatu matapelajaran khususnya jawi dan pendidikan Islam secara keseluruhannya.

Justeru itu, pada akhir kajian ini, kita akan mendapat beberapa rumusan berdasarkan persoalan kajian yang telah diutarakan di atas dan selari dengan matlamat kajian ini dilaksanakan. Jika penyelidik merasakan kajian ini sebagai kajian pertama dan memerlukan kajian lanjutan, penyelidik akan terus membina hipotesis baru bagi memperincikan lagi aspek-aspek yang tidak diperincikan dalam kajian ini.
1.5 Hipotesis Kajian
Pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk menerima ilmu adalah perkara asas dalam memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah. Umum juga di sajikan dengan beberapa kajian yang menyatakan bahawa minat dan kecenderungan murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, kita sering mendengar, apabila pelajar gagal menguasai kemahiran asas gurulah orang pertama yang dipersalahkan. Selain daripada itu, faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar juga sering dijadikan alasan kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas.

Kajian ini bukanlah sebuah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, tetapi cuba mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza. Dengan instrumen yang telah dibina kajian ini akan cuba mencari adakah wujud hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pembacaan penulis berkaitan pencapaian UPSR di sekolah bandar, luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar. Penulis mendapati ada trend yang berbeza daripada sudut pencapaian pelajar.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas. Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai GPI yang melihat bahawa adanya peningkatan dalam pencapaian jika sesuatu matapelajaran itu diajar oleh guru yang disenangi oleh murid.

Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Kajian ini cuba mencari formula yang sesuai terutamanya bagi GPI untuk menarik minat pelajar terhadap tulisan jawi.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini perlu dilaksanakan atas beberapa sebab. Antaranya:
1. Dapat mengumpulkan data lengkap berkaitan maklumat murid antaraya latarbelakang murid dan keluarga dan pencapaian semasa murid. Ini memudahkan GPI untuk lebih memahami masalah murid dan cuba mencari pendekatan sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.

2. Dapat mengenalpasti secara tepat jumlah murid yang lemah, sederhana dan baik. Bagi murid yang lemah data sedia ada dapat membantu guru bagi melakukan pemantauan yang berterusan terhadap murid apabila berada di dalam kelas dan di Kem Celik jawi manakala bagi murid yang tahap penguasaannya sederhana akan memudahkan guru untuk membuat aktiviti tambah nilai dan dan pengayaan yang sesuai dengan aras pencapaian murid tersebut.

3. Dapat Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat murid terhadap tulisan jawi.

4. Dapat merungkai hubungan antara prestasi pelajar dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi, perkaitan antara prestasi cemerlang dengan guru yang baik dan merungkai hubungan dan perkaitan antara minat dan kecenderungan pelajar dengan prestasi semasa pelajar.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada penguasaan pelajar terhadap dua kemahiran asas tulisan jawi iaitu kemahiran membaca dan menulis . Kemahiran membaca yang dimaksudkan adalah termasuk kemahiran menyebut dan mengingat huruf tunggal, kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup, kemahiran membatangkan perkataan, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membaca buku cerita pendek. Manakala Kemahiran menulis yang dimaksudkan ialah kemahiran menulis huruf tunggal, kemahiran menulis suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membina dan menulis ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka serta kemahiran menulis ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup. Kajian ini tidak menekankan penulisan khat sebagai medium. Pelajar tidak diperkenalkan bentuk-bentuk khat kerana kemahiran itu akan di ajar pada tahun 5 dan 6.

Kajian ini hanya melibatkan semua pelajar tahun 4 SKDN, ibu bapa dan penjaga pelajar dan 7 orang GPI yang ditempatkan di SKDN.

1.8 Definisi Istilah

SKDN- Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding
GPI - Guru Pendidikan Islam
j-QAF- Program pemantapan Pendidikan Islam yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bermula tahun 2005. J- Jawi Q-Quran A-Bahasa Arab dan F- Fardhu Ain.


Bab 2: Tinjauan Literatur

2.1 Pendahuluan

Pada dasarnya kajian ini akan memfokuskan berkaitan masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun 4 SKDN. Justeru kajian ini akan mengetengahkan hasil berkaitan perkara yang dibincangkan. Namun sebelum memilih tajuk ini untuk diketengahkan sebagai kajian tindakan, penulis telah menjalankan tinjauan literature berkaitan tajuk yang telah dipilih. Namun hasil tinjauan yang dilakukan masih tiada kajian yang melibatkan masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi secara terperinci.

2.2 Kajian Yang berkaitan

1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Penulis mendapati kajian ini secara detail menghuraikan dengan tepat berkaitan dengan penguasaan jawi di kalangan pelajar dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar. Namun begitu, kertas kerja ini di dasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah sekolah menengah yang sudah tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang berlaku di sekolah rendah. Namun begitu, kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai kajian awal yang dirujuk bagi menentukan hala tuju kajian yang akan dilakukan oleh penulis.



2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.
Penulis juga berkesempatan meneliti laporan kajian IRPA yang telah dilakukan oleh beberapa penyelidik daripada Universiti Malaya yang diketuai oleh Dr. Hassan Basri. Apa yang dapat penulis simpulkan ialah kajian ini secara detail menghuraikan berkaitan data dan fakta namun begitu kajian ini dilakukan sekitar hujung tahun 80an dan awal 90an dan penulis berpandangan masih ada ruang untuk menyemak semula kajian yang dilakukan kerana sifat dan sikap pelajar juga berubah mengikut peredaran masa dan suasana setempat.

3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.
Kajian yang baik yang dilakukan oleh penyelidik ini. Namun ia berkaitan dengan perlaksanaan keseluruhan j-QAF di Terengganu. Ia melibatkan kajian terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diteliti, daripada aspek jawi, modul ini memperinci dan menghuraikan keberkesanan aktiviti pemulihan jawi yang dilaksanakan oleh guru j-QAF yang hanya melibatkan modul mengenal dan membaca huruf tunggal jawi. Ini kerana pada masa tersebut, j-QAF baru diperkenalkan dan hanya bermula di tahun 1.

4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.
Kajian yang sangat berkualiti, namun ia dilakukan berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan khusus berkaitan penguasaan jawi di sekolah-sekolah menengah di Selangor. Justeru, sudah pasti terdapat ruang dan jurang perbezaan yang amat luas dan ketara antara sekolah menengah dan sekolah rendah.


5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my.
Penulis juga sempat meneliti sebuah kajian tindakan yang dilakukan oleh seorang guru cemerlang yang boleh didapati daripada laman web JPN Negeri Perak. Namun ia adalah berkaitan penilain terhadap modul yang dibina dan dilaksanakan oleh guru cemerlang tersebut.

2.3 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi menangani masalah murid berkaitan kemahiran membaca dan menulis jawi. Justeru, penulis berpandangan bahawa tajuk yang diutarakan oleh penulis adalah relevan dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan lagi pendidikan Islam di SKDN khususnya dan di Malaysia amnya.

Bab 3: Metodologi Kajian

3.1 Pendahuluan

Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan bagi membantu guru untuk membuat tindakan susulan sama ada untuk aktiviti tambah nilai, pengayaan mahupun aktiviti pemulihan sama ada aktiviti tersebut dilakukan di dalam kelas atau di luar daripada kelas. Justeru bagi mendapatkan kajian yang benar-benar berkualiti, penulis akan membentangkan kepada pembaca berkaitan dengan metodologi kajian yang diikuti oleh penulis bagi memastikan kajian ini benar-benar menepati kajian yang berbentuk ilmiah yang menjadi rujukan di SKDN.

3.2 Reka bentuk Kajian

Kajian ini akan menggabungkan beberapa kaedah. Kaedah pertama akan menggunakan instrumen penilaian yang melibatkan peperiksaan yang telah lepas iaitu peperiksaan akhir tahun bagi tahun lepas (2008), peperiksaan awal tahun bagi tahun semasa (2009) dan instrumen penilaian 6 bulan Jawi. Kaedah ini digunakan bagi menganalisis prestasi lalu dan semasa bagi setiap murid dan mengenal pasti dimanakah kelemahan ketara bagi murid yang gagal untuk lulus.

Kaedah kedua adalah berasaskan kaedah soal selidik. Ia melibatkan pembinaan item untuk soal selidik yang perlu diedarkan kepada ibu bapa bagi mengetahui latarbelakang responden bagi memudahkan aktiviti penyesuaian dilakukan oleh GPI di dalam kelas atau diluar kelas.

Kaedah ketiga adalah berasaskan temubual atau perbincangan profesional bersama rakan GPI bagi mengenalpasti aspek yang menyebabkan murid lemah dan kurang berminat untuk mengikuti P& P jawi di SKDN.
Kaedah keempat, pembinaan modul khusus bagi murid yang lemah jawi, dan modul tersebut akan dinilai keberkesanannya oleh GPI berdasarkan boring-borang penilaian yang telah disediakan. Hasil daripada penilaian tersebut akan dirumus bagi menghasilkan dapatan kajian yang boleh digunakan sebagai rujukan dan penambahbaikan pada masa-masa akan datang.

3.3 Populasi Kajian

Kajian ini tertumpu kepada semua murid tahun 4, Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor yang merangkumi 144 murid. Ia juga melibatkan ibu bapa dan penjaga responden beserta 7 orang GPI.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini berasaskan beberapa instrumen:

1. Kaedah Peperiksaan dan Penilaian
a. Peperiksaan akhir tahun 2008
b. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009
c. Instrumen Penilaian Jawi 6 bulan
2. Kaedah Soal Selidik
a. Borang A: dihantar kepada ibu bapa respondenbagi mengetahui latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi responden yang telah dipilih.
b. Borang B: diberi kepada murid bagi menilai hubungkait-hubungkait kepada persoalan yang diutarakan dalam permasalahan kajian.
3. Kaedah Temubual dan Perbincangan Profesional: kaedah ini digunakan sebagai medium untuk bertukar-tukar fikiran dan bagi melihat masalah yang berlaku daripada perspektif guru.
4. Pembinaan modul dan penilaian terhadap modul yang telah dilaksanakan. Hasil yang dirumus daripada ketiga-tiga instrumen yang terdahulu, modul akan dibina berasaskan kepada kelemahan pelajar sedia ada dan digunakan untuk memulihkan pelajar dan modul ini akan dinilai keberkesanannya dari masa ke masa.

3.5 Lokasi Kajian

Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang berada di bawah Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Selangor.

Alamat sekolah ialah:
SK Dusun Nanding
KM 17, Jalan Hulu Langat
43100 Hulu Langat,
Selangor.

3.6 Pengurusan Data

Data akan dikumpul dan akan dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi memudahkan dan memastikan ketepatan rumusan yang dilakukan. Kaedah ini digunakan bagi menilai sesuatu data yang bersifat kauntitatif. Namun jika melibatkan kualitatif, aktiviti menilai, mentafsir dan merumus akan dijalankan oleh penulis sendiri.

3.7 Analisis Data

Analisis akan dibuat dalam beberapa bentuk: Pertama bagi data kualitatif, analisis akan dibuat dalam bentuk mod, min dan median bagi memudahkan penyelidik merumus kajian yang telah dijalankan.

Kedua, bagi data yang bersifat kuantitatif atau kajian lapangan analisis data akan dibuat secara deskriptif iaitu dalam bentuk jadual dan peratus dan juga dalam bentuk statistik iaitu dalam bentuk graf bergantung kepada kesesuaian hasil dapatan.

3.8 Kesimpulan

Kajian ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan semua objektif yang digariskan dapat dicapai dengan jayanya. Semoga kajian ini menjadi kajian perintis kearah sifar buta jawi bagi mencapai visi SKDN Cemerlang Menjelang 2015.

Rujukan

1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.
3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.
4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.
5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my.
6. Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
7. Idris Awang. 2002. Kaedah Penyelidikan. Akademi Pengajian Islam Univerti Malaya: Kuala Lumpur.
8. Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey Enterprise: Kuala Lumpur.