Rabu, 3 Julai 2013

Kek batik lepas

Kek batik lepas

Kekbatik

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • biskut marie yg telah dipatah dua
  • 1 buku mentega
  • 1 tin susu pekat
  • 1 paket kecil milo
  • 1 botol kecik serbuk koko
  • sedikit kacang yg telah digoreng tanpa minyak
  • sedikit kismis

Cara-cara

  1. Cairkan mentega di dalam kuali.
  2. Masukkan susu pekat dan kacau sehingga rata.
  3. Masukkan milo dan serbuk koko dan kacau dgn rata.
  4. Apabila sudah rata, masukkan biskut marie, kacang dan kismis ke dalamnya. Kacau dgn cepat sebelum campuran coklat tadi mengeras di dalam kuali. Gunakan api yg kecil saja.
  5. Masukkan ke dalam bekas yg telah disapu sedikit mentega. Mampatkan kek ini dgn menggunakan plastik dan ditekan dgn tangan. Pastikan kek ini telah diratakan dgn sekata ke dalam bekas.
  6. Sejukkan selama setengah hari. Boleh dihidangkan pada waktu petang atau dijadikan hantaran.

Chocolate sour cream cake

Chocolate sour cream cake

Cake


Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • secubit garam
  • 1/2 cawan sour cream
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 80g coklat chips
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • [ sirap coklat ]
  • 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 2 sudu besar fresh milk
  • 30g coklat
  • 1/4 cawan gula perang

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula sehingga berkrim
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak dengan bahan-bahan kering. Kacau sebati.
  4. Masukkan sour cream dan esen vanilla
  5. Kemudian masukkan coklat chips. Kacau sebati.
  6. Sediakan sirap coklat. Masukkan semua bahan-bahan untuk sirap. Cairkan dengan kaedah double bowl.
  7. Masukkan 1/2 adunan ke dalam loyang.
  8. Masukkan 1/2 sirap coklat.
  9. Ulang kaedah 7 dan 8
  10. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 55-60 minit.