Khamis, 3 Oktober 2013

Resepi Puding Roti Dan Sos Vanilla

Resepi Puding Roti Dan Sos Vanilla

Puding Roti Dan Sos Vanilla
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 45 minit | Keseluruhan: 65 minit
Jumlah Hidangan : 6

Bahan-Bahan:

  • 6 keping roti, yang dipotong tebal dan dibakar seketika dan dipotong kiub
  • 2 sudu besar mentega, cairkan
  • 3/4 cawan gula putih
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 2 cawan susu full cream
Bahan untuk sos vanila:
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • secubit serbuk kayu manis
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 1/4 cawan susu full cream
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • secubit garam

Cara Membuat:

Cara-cara untuk puding roti:
  1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celsius
  2. Dalam bekas pembakar (saya guna bekas berukuran 35x25cm), taburkan roti yangtelah dipotong menjadi kiub dan tuangkan mentega yang telah dicairkan ke atas roti.
  3. Dalam bekas berasingan, masukkan susu, telur, esen vanilla, serbuk kayu manis dan gula. Putar sehingga sebati dan tuangkan ke dalam bekas roti. Gunakan garfu untuk menekan roti sehingga tengelam dan menyerap adunan.
  4. Bakar dalam oven selama 40-45 minit, atau sehingga bahagian atas menjadi keperangan.
Cara-cara untuk sos vanilla:
  1. Dalam periuk kecil, campurkan susu, telur, gula, garam, serbuk kayu manis, butter dan tepung. Panaskan di atas api sederhana dan kacau berterusan sehingga sos menjadi pekat, atau sehingga sos melekat bila di belakang sudu bila dicelupkan.
  2. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi sehingga sebati. Tutup api dan sejukkan seketika. Hidangkan bersama puding roti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan