Vanilla Butter Cake
Saya
memang peminat kek Mentega atau Kek Marble yang simple tetapi gebu dan
moist. Kalau sebelum ini, saya telah membuat kek Marble di SINI
yang memang menepati citarasa saya, tapi itu tidak menghentikan usaha
saya untuk terus mencuba resepi resepi kek butter yang sedap. Kek
Mentega yang saya sediakan sebelum ini di SINI juga sangat sedap. Kali ini saya terpandang resepi Kek Butter Mrs Ng SK di blog Wendyinkk.
Melihatkan gambarnya, yaa aaampuun, terduduk saya dibuatnya. Hmmm....
speechless. Serious... waktu terpandang kek itu, saya sedang menunggu
untuk boarding flight Qatar Air ke Egypt sempena majlis konvokesyen
anakanda kami yang dikasihi, Dr Nana Ain. Jika tidak, pasti masa tu juga
saya masuk ke dapur dan membuat kek ini.
Sekembali
dari Egypt, saya masih lagi kepenatan, namun ianya tidak menghentikan
keinginan saya untuk menikmati homemade butter cake. Bila saya cadangkan
pada Juita, dia setuju untuk membuatnya bersama sama dengan saya. Haaa
lega kerana bila ada pembantu, kerja menjadi lebih ringan, mood yang tak
ada pun akan kembali menyala nyala gitewww...
Hmmm
kek ini rasanya sangat gebu dan lembut bak kek sponge. Ianya seolah
mencair di dalam mulut tanpa perlu dikunyah. Makan beberapa ketul tanpa
disedari kerana teksturnya yang lembut gebu bak salju gitew. Sedap bagi
mereka yang suka kek sponge tapi saya lebih menyukai kek yang sedikit
padat dan lembab. Kek ini bila dimakan selepas beberapa jam, mula terasa
moist. Anak anak saya pulak suka tekstur kek seperti ini. Lain kali
saya akan cuba menggunakan resepi ini tetapi diadun cara penyediaan kek
biasa. Agaknya bila telur putih diputar berasingan menjadikan keknya
seperti ini. Jom tengok resepi kek mentega seperti di bawah....
Vanilla Butter Cake
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
230gm butter (salted) - lembutkan
200gm telur tanpa kulit (4 biji gred B)
50gm + 150gm gula kaster
200gm tepung naik sendiri - ayak
60ml susu segar/wholemilk
1 sk vanilla extract
Panaskan oven pada 170C. Lapik loyang 8x8" dan lenser mentega termasuk di sekeliling loyang.
Asingkan
kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul
sehingga kembang dan tidak jatuh bila diterbalikkan. Masukkan 50gram
gula sedikit demi sedikit sehingga kembang. Ketepikan.
Pukul mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan pukul seketika.
Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus diputar.
Masukkan separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.
Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.
Nota:
Kalau nampak bahagian atas kek sudah keperangan, boleh kurangkan suhu oven atau boleh juga dilapik dengan aluminium foil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan