Sabtu, 22 Jun 2013

resepi kek batik

Resepi Kek Batik

KEK BATIK
(Versi Kurang Manis)
*Resepi asal adalah dari Ibu Mertuaku hehe. cuma didoublekan bahan-bahannye bagi banyak sikit sekali masak.

Kek Batik yang dah siap dipotong


Adunan ni untuk lebih kurang sekilo setengah kek batik. Cukup la nak makan satu famili and bawak ke opis sikit, bagi kawan2 atau jiran rase, hehe.

 Bahan-Bahan
1 Bar Buttercup
1 Cawan Gula Halus
 8 Biji Telur
1 Tin Susu Cair
1 cawan air
1 1/2 cawan serbuk koko
1 paket besar Biskut Merrie. Dipatahkan 4


Cara-caranya
1. Kisar Gula, Buttercup dan Telur hingga kembang
2. Masukkan Serbuk Koko dan Susu Cair
3. Kacau semua bahan tu atas api yang perlahan sampai pekat likat
4. Pastikan bila adunan sebati dan pekat barulah dimasukkan Biskut Merrie.
5. Kacau hingga Rata. Biskut Merrie memang perlu dimasukkan banyak sampai susah nak kacau. Kalau rasa masih senang nak kacau, tambah lagi biskut merrie. BArulah die berbatik cantik nanti.
6. Setelah digaul rata dengan biskut merrie, masukkan dalam loyang / bekas
7. Tekan-tekan bagi padat supaya coraknye cantik dan tak pecah nanti.
8. Sejukkan dalam peti ais dan potong untuk dimakan.

Kek Batik yang siap ditekan dan akan dimasukkan dalam peti ais.

(Adunan tadi cukup untuk bekas Pyrex 2 litre ni.)

Tips :
1. Boleh lapikkan bekas atau loyang dengan plastik supaya tak lekat
2. Mase nak tekan tu, memang panas lagi kek tu, sila tekan dengan cawan sepenuh tenaga anda.
3. Kalau nak manis lagi, boleh tambah setengah cawan lagi gula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan