Menggunakan
HTML Gadget
1.
Salin Code widget yang tersedia di setiap halaman widget.
Code
ini akan muncul pada halaman dengan klik kepada butang BLOG ME!. Berikan klik pada kotak code
embed yang muncul atau pada butang COPY.
Code tersebut akan disalin dan disimpan dalam memori komputer.
2.
Tambahkan gadget HTML baru.
Cari butang Tambah Gadget
pada muka depan blog anda. Butang ini boleh di dapati di mana sahaja mengikut
tema papan pemuka yang anda pilih .Pilih tempat yang anda inginkan widget akan
dipaparkan dan klik butang tersebut.
3.
Tampal kod HTML pada kotak
pengesahan.
Sebuah kotak bertajuk
Konfigurasi HTML / Javascript akan tertampil. Di sana anda boleh mengisi judul
dari alat ini yang akan dipaparkan bersama widget. Pada bahagian Kandungan,
masukkan atau tampal kod widget yang telah anda tulis pada langkah 1 dengan
menekan Ctrl-V atau klik-kanan dan kemudian Paste. Selanjutnya tekan butang
SIMPAN.
4 . Simpan perubahan Tata Letak blog anda
Anda akan kembali ke laman pengurusan Tata Letak blog
anda dan mesej akan memberitahu anda bahawa sebuah elemen halaman baru telah
ditambah. Anda juga boleh melihat Tajuk dari Gadget yang baru saja anda tambah
telah muncul di tempat penambahannya (langkah 3). Untuk melihat hasil
penambahan widget ini, klik butang pratonton. Jika anda puas, jangan lupa
menekan butang SIMPAN pada halaman Tata Letak ini untuk menyimpan perubahan
rupa blog.
semoga bermanfaat