Resepi Biskut Dahlia Coklat
Resepi Biskut Dahlia Coklat
- Masa:
-
Penyediaan: 20 minit |
Memasak: 15 minit |
Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 50
Bahan-Bahan:
-
- 300g mentega
- 220g gula ising
- 240g tepung gandum*
- 100g tepung jagung*
- 160 gram tepung kastard*
- 35g serbuk koko*, saya guna jenama Van Houten
- Manik gula berwarna untuk hiasan
- 2 kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara Membuat:
-
- Ayak bahan bertanda *
- Panaskan oven kepada 170 darjah celsius.
- Pukul butter dan gula
hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar
lagi sehingga adunan menjadi sebati.
- Masukkan bahan yang
diayak sedikit demi sedikit dan kacau sehingga mendapat doh yang sekata.
Rehat doh selama 10-15 minit di dalam peti ais.
- Keluarkan doh dan terap
menggunakan acuan kuih dahlia. Hiaskan dengan taburan manik gula
berwarna dan bakar selama 12-15 minit. Angkat, sejukkan dan simpan di
dalam bekas kedap udara.
-
Tips
-
Pastikan kuih tidak terlebih dibakar kerana ia akan cepat menghasilkan rasa sedikit pahit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan