Khamis, 3 Oktober 2013

Resepi Kuih Seri Muka

Resepi Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka
Masa:
Penyediaan: 30 Minit | Memasak: 45 Minit | Keseluruhan: 75 minit
Jumlah Hidangan : 1

Bahan-Bahan:

Bahan untuk lapisan bawah
  • 250 gram beras pulut
  • 200 ml santan (sederhana pekat)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh minyak masak
Bahan untuk lapisan atas
  • 60 gram tepung gandum*
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung*
  • 70 gram gula pasir
  • 2 biji telur Gred A
  • 225 ml santan pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 150 ml air + 4 helai daun pandan (diblender dan tapis untuk dijadikan air pandan)
  • Pewarna hijau(optional)

Cara Membuat:

Cara-cara untuk lapisan bawah
  1. Bersihkan beras pulut dan rendam selama 10-20 minit
  2. Toskan beras pulut seketika
  3. Satukan kesemua bahan2 lapisan bawah.Kemudian letak dalam loyang, kacau supaya minyak masak sekata
  4. Kukus selama 30 minit
  5. Keluarkan loyang daripada periuk kukus,tekan pulut sehingga padat/mampat
  6. Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas
Cara-cara untuk lapisan atas
  1. Ayak bahan-bahan bertanda* dari bahan lapisan atas
  2. Satukan semua bahan(lapisan bawah)kemudian blander
  3. Tuang adunan tepung ke atas pulut tadi dan kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak
  4. Balut penutup periuk dengan aluminium foil atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih
  5. Sejukkan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.Siap
  6. tips:sblum tuangkan adunan tepung bewarna hijau,tuangkan sedikit adunan yg bewarna putih dahulu dan kukus sekejap, ini bertujuan supaya adunan warna hijau tidak meresap dicelah-celah pulut. .jadi baru nmpak kemas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan