Khamis, 3 Oktober 2013

Resepi Sweet Sour Cake

Resepi Sweet Sour Cake

Sweet Sour Cake
Masa:
Penyediaan: 30 Minit | Memasak: 40 Minit | Keseluruhan: 70 minit
Jumlah Hidangan : 1

Bahan-Bahan:

  • 2 Biji/500gm butter
  • 10 Biji telur kuning dipukul hingga kembang
  • 7 Biji telur putih dpukul hingga kembang
  • 1 Sudu esen vanilla
  • 1 Sudu ovallate
  • Haw flakes
  • 2 jenis pewarna(ikut cita rasa)
  • 2 cawan gula aising
  • 2 cawan biskut soda craker diblender, ditapis

Cara Membuat:

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan sedikit demi sedikit telur kuning yang telah dipukul tadi.
  3. Masukkan pula telur putih yang telah dipukul tadi sedikit demi sedikit.
  4. Masukkan esen vanilla dan ovallate
  5. Masukkan pula 2 cawan biskut soda craker yang telah diblender tadi sedikit demi sedikit sambil memukul adunan jangan sampai berketul
  6. Bahagikan kepada 2 adunan untuk mewarna 2 jenis warna
  7. Panaskan oven atau pengukus
  8. Lapiskan adunan pertama dan susun haw flakes tutup dengan kertas putih(bagi mengelakkan air kukusan jatuh atas adunan), kukus atau steambake selama 10 minit di ikuti lapisan seterusnya sehingga habis semua adunan kukus atau steambake lagi selama 30 minit
  9. Boleh dihidang ketika sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan