Khamis, 24 November 2011

Bahana Teknik Blackhat Dengan Google Adsense

Bahana Teknik Blackhat Dengan Google Adsense

Thursday, October 15th, 2009 |
Saya tengok sejak akhir akhir ni semakin banyak IM Malaysia yang mengguna dan mengajar orang dengan teknik Blackhat. Teknik ini sebenarnya sangat merbahaya untuk akaun Google Adsense dan juga kebanyakan program di internet. Malah baru baru ni, digegarkan oleh satu kumpulan yang dikatakan mampu membuat duit dengan Google Adsense ratusan ringgit setiap hari.
Akhirnya ramai peserta yang diban akaun Google Adsense mereka. Inilah bahana teknik blackhat. Saya tahu & pernah guna beberapa teknik blackhat tetapi sekadar eksperimen tanpa menjejaskan akaun Adsense saya. Membeli iklan untuk laman web Google Adsense juga sebenarnya dilarang. Ia dinamakan Adsense Arbitrage. Risiko akaun Adsense untuk diban sangat tinggi jika anda mengunakan teknik ini.
Ramai yang yang terliur dengan pendapatan puluhan dollar sehari dengan teknik blackhat ini. Tetapi betul kan cara itu? Halalkah teknik tersebut? Ini adalah antara persoalan yang sering ditanya. Bagi saya ia adalah haram kerana ia seolah oleh meniayai pengiklan. Mungkin pendapat kita berlainan..
Ini adalah kerana pengiklan mahukan sales.Malah conversion dikira berdasarkan per sales, per lead dn sebagai. Itulah matlamat sebenar pengiklan mengunakan Google Adwords. Jika teknik blackhat digunakan, sales atau lead takkan berlaku. Malah pelawat yang datang hanya sia-sia.
Bagi saya biarlah pendapatan sedikit asalkan kita benar benar untuk membantu pengiklan. Saya sebagai pengiklan di Google Adwords memang kecewa apabila banyak wang dihabiskan tetapi tiada sales atau lead terjadi apabila banyak wang dihabiskan untuk pengiklanan. Walaupun secara keseluruhan, ia menguntungkan tetapi ada kempen yang sia sia dan menghabiskan duit.
Kini terdapat pula ebook yang mengajar teknik blackhat kepada newbie yang tidak tahu apa apa tentang risiko teknik ini. Ya. Memang lumayan dengan teknik blackhat ini (Kalo tengok screen capture la).Tetapi jika sesuatu yang berlaku, orang yang terlibat perlu bertanggungjawab terhadapnya. Bukannya melepas tangan begitu sahaja membiarkan mangsa dan newbie terkapai kapai sehingga menimbulkan persepsi bahawa perniagaan internet dan buat duit di internet ini adalah tipu semata mata.
Namun, jika anda sekadar ingin belajar dan ingin tahu bagaimanakah teknik blackhat berfungsi. Takpela nak belajar. Tetapi jangan jadikannya sebagai amalan kerana ia terlalu berisiko dan menyusahkan orang lain. Saya tidak menghalang jika anda ingin belajar. Semoga anda boleh membezakan ianya blackhat, grey hat atau pun whitehat.
Kepada yang tak tahu apa istilah blackhat, grey hat dan white hat ini, saya ringkaskan dibawah:
Blackhat - merujuk kepada teknik yang salah (illegal) dan bertentangan dengan terma dan syarat sesuatu. Biasanya ia mengunakan perisian tertentu samada untuk spamming dan sebagainya. Biasanya ia adalah satu kaedah yang agresif, tidak beretika dan mungkin menguntung penggunanya. Ia lebih kepada satu kaedah manipulasi kelemahan sesuatu sistem.
White hat - merujuk kepada teknik yang profesional dan betul. Ia mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkenaan. Antaranya ialah search engine optimization, social bookmarking, blogging dan sebagainya bagi tujuan pemasaran laman web.
Grey hat- merujuk kepada gabungan teknik black hat dan juga white hat. Ia berada dipertengahan dan tidak terlalu agresif. Ada sedikit risiko melanggar terma dan syarat sesuatu program. Tetapi susah untuk menentukan dan membezakannya kerana ia juga mengandung teknik pemasaran yang beretika (white hat).
Harap anda boleh bezakannya.
Kalo yang rasa terasa hati dengan artikel ini, saya minta maaf ye. Saya hanya sekadar memberi peringatan agar newbie tidak terjebak dan menyesal dikemudian hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan