Khamis, 24 November 2011

insurans

Panduan Mendapatkan Insurans

Tuesday, October 23rd, 2007 |
Perlindungan insurans sangat penting. Sepatutnya semua orang perlu ada sekurang kurangnya 1 polisi insurans untuk melindungi pendapatan mereka. Dah berkeluarga atau masih bujang bukan menjadi 1 isu. Saya tertarik dengan artikel shuth pasal nak buat apa beli insurans.
Namun sebelum mendapatkan sebarang insurans,diharap anda jangan main hentam sahaja. Jadi jangan salahkan pihak insuran jika ia tidak cover apa yang terjadi kepada anda. Namun, produk insurans hari ini semakin baik dari masa ke semasa. Ini adalah kerana ia mengikut permintaan masyarakat hari ini.
Antara perkara yang perlu anda tahu sebelum mengambil sebarang insuran ialah:
  1. Coverage
    Minta agen yang terlibat terangkan apa yang akan dicover dan apa yang tidak dicover. Sesetengah agen yang tidak bertanggung jawab tidak memberitahu tentang perkara ini kecuali anda bertanya. Tanya sehabis mungkin.Sesetengah agen hanya mengejar komisen. Yang penting close case. Jadi lindungi hak anda. Berhati hati dalam memilih sebarang polisi insurans samada insurans konvensional mahupun takaful.
  2. Rider Tambahan
    Rider tu bukan penunggang ye. Ia merupakan salah satu instilah dalam insurans yang merujuk kepada benefit tambahan. Biasanya agen akan membantu anda untuk menentukan extra benefit tambahan untuk anda seperti elaun hospital dan sebagainya. Ia biasanya diambil dari premium yang anda bayar setiap bulan.
Itu adalah perkara terselindung. Perkara lain yang perlu anda tahu ialah jenis jenis insurans yang ada. Ia banyak. Jadi saya akan terang sebahagian sahaja yang saya tahu.
  • Insurans Kenderaan
    Rasanya semua orang tahu pasal ni. Ia diwajibkan keatas semua kenderaan bermotor. Basikal tak termasuk ye!.Ia adalah jenis insurans hangus. Namun, anda boleh mendapat rebat jika tiada tuntutan insurans dalam tempoh tertentu.Ia ada untuk insuran konvensional dan takaful.
  • Insuran Konvesional
    Ia merupakan satu kaedah melindungi seseorang yang paling selamat. Ia mula mula digunakan untuk melindungi kelasi yang keluar belajar dan keluarga mereka suatu masa dahulu. Terdapat premium yang anda bayar akan hangus jika tidak berlaku apa apa kepada anda. Namun, coveragenya tinggi. Biasanya dalam RM30-RM50 sebulan pun boleh cover beratus ratus ribu jika berlaku sesuatu kepada anda. Terdapat juga yang berkonsepkan pelaburan dimana mereka akan mendapat sejumlah wang setelah polisi insuran mereka matang. Biasanya premium agak tinggi.
  • Takaful
    Ia merupakan insurans yang mengunakan kaedah islam iaitu konsep bantu membantu sesama ahli.Premium yang dibayar akan dimasukkan kedalam tabung khas dimana ia akan digunakan bagi membantu ahli yang mengalami musibah. Terdapat jenis premium hangus dan berkonsepkan pelaburan/simpanan sebagaimana insuran konvesional. Seperti insuran konvensional, takaful juga mempunyai plan plan insurans yang pelbagai seperti kebakaran,kemalangan dan sebagainya.
  • Medical Card
    Insurans ini agak famous dibandar besar seperti di KL. Terus terang kat Terengganu benda langsung tak dipromote.Mungkin ada, mungkin tidak, saya tak pasti. Ia jenis belanja hangus. Anda perlu membayar tiap tiap bulan dan menikmati faedahnya jika anda dimasukkan ke hospital dimana pihak mereka akan menanggung kos perubatan anda.
Beza takaful dan insurans konsional?
Bezanya takaful mempunyai tabung yang bertindak untuk membantu ahli yang mengalami musibah. Sebarang pelaburan yang dibuat juga akan berlandaskan syariah. Jadi sebarang hasil yang anda dapat adalah halal. Berlainan dengan konvesional dimana mereka mungkin melaburkan wang anda ke dalam perkara yang bertentangan dengan islam seperti judi,arak dan sebagainya.
Konsep perlindungan antara takaful dan insurans konvensional adalah lebih kurang sama. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, hanya cara pelaksanaannya berbeza.
Kaji dahulu ye sebelum mengambil sebarang polisi insuran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan